Tuesday, July 12, 2011

Post yang ke 154

Salam

Sudah lama blog tidak dikemaskini ( skema tak ble blah ayat nih )... Sudah bersawang..selepas ke Hari Belia berbulan-bulan dulu, hari minggu tiada lagi waktu santai apatah lagi hari kerja. Siang kerja, malam ke kelas, hujung minggu sibuk menyiapkan tugasan , mengemas rumah ( bersawang juga - 2 tahun en suami janji nak beli penyapu sawang , tapi hari ini akhirnya sudah beli )...memasak dan menghabiskan sisa-sisa cuti hujung minggu dengan anak-anak dan suami dan sebulan sekali pulang ke Kuala Selangor melawat makcik ..

Tarikh 23 Jun - 9 Julai lalu, sibuk dengan kerja , kelas dan tugasan dan dalam masa yang sama bersiap sedia untuk peperiksaan akhir semester dua. Soalan senang sahaja, tapi jawapan hanya saya , tuhan dan pensyarah sahaja yang mengetahuinya. Kekangan masa menyebabkan masa untuk mengulangkaji amat terhad. Memang saya terpaksa menelaah di saat - saat terakhir. Tiada pilihan.. Harapan saya, pointer semester dua ini lebih dari 3, supaya di tahun akhir kelak, purata cgpa saya bagus dan tak perlula bayar banyak untuk pinjaman jpa.

Segala tugasan berjaya disiapkan dan dihantar tepat pada waktunya. Alhamulillah. Malangnya bagi subjek Software Engineering telah direject semahu-mahunya oleh pensyarah pada 4 Julai. Projek tersebut harus dibentangkan pada 9 Julai. Bayangkan dalam masa 5 hari dengan 2 baki peperiksaan pada 5 Julai dan 9 Julai. Selepas peperiksaan pada 5 Julai yang selesai pukul 10 malam, ahli kumpulan seramai 6 orang bergerak dengan langkah yang longlai ke Mcdonald Bangi.. berbincang dan terus berbincang untuk membetulkan semula setiap kesalahan dalam projek yang telah ditendang tadi. 3 fasa dan prototaip harus dibikin semula dalam masa 4 hari yang masih berbaki.... selesai pada pukul 2 pagi dan disambung sehingga Khamis di pejabat salah seorang ahli kumpulan sehingga hari terakhir 8 Julai pukul 5 pagi..ya 5 pagi..Masa ni saya dah demam, selsema dan batuk.

Dan 9 Julai meneruskan perjuangan untuk peperiksaan terakhir yang selesai pada pukul 11 pagi. Semasa menjawab soalan saya hampir-hampir lena dan berasa seperti di awang-awangan kerana kurang tidur , kurang sihat tambahan pula dengan keadaan dewan yang suam-suam kuku suhunya. Kalau ada bantal sudah tentu saya sudah dibuai mimpi-mimpi indah hehehehe. Oh ya berbalik pada pembentangan projek, ada lagi yang belum selesai. Kami terpaksa menyiapkan slide power point untuk projek dalam masa lebih kurang 2 jam setengah ( pukul 2.30 petang pembentangan bermula ) dan dalam masa yang sama mengisi perut serta ambil buku untuk semester 3 ( bermula semalam 11 Julai ). DAN akhirnya segala-galanya selesai dan berjalan lancar. Berakhir sudah semester 2 yang penuh dengan kenangan. Yang pasti sehingga ke hari ini, tidur masih belum lagi berganti...

Semester 3 bermula semalam. Semester pendek ; hanya ada dua subjek English : Academic Writing dan Tamadun Islam. Peperiksaan akhir akan bermula selepas Aidilfitri. Tak beraya dengan tenang untuk 3 tahun ini. Banyak pengorbanan yang terpaksa dibuat .. Masa untuk bersama anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian terpaksa dikurangkan. Harap anak-anak ibu akan faham kelak .....
**ART IS A PASSION**

1 comment:

  1. segala pergorbanan akan di bayar dengan kejayaan ko kelak. jgn la susah hati sb anak2...insyallah diorg akan faham semua tu nt ..all the best beb!

    ReplyDelete