Wednesday, July 13, 2011

Aktiviti selepas Exam



Salam

Agaknya mungkin ada yang ingat, aktiviti mengait dan menjahit sudah tiada dalam kamus hidup saya untuk 3 tahun ini. Saya cuma kurang masa untuk berblog tapi saya tidak pernah menyingkirkan hobi saya yang satu ini. Sukar benar untuk tidak mengait walaupun untuk satu hari.


Sambil - sambil menelaah saya tetap mencuri masa untuk mengait.Masa untuk mengait tetap ada walaupun tak cukup tidur . Alhamdulillah masih ada yang percaya pada sekelumit bakat yang ada pada saya ini untuk menempah kupiah dan topi untuk anak-anak mereka. Nanti gambar akan saya upload sebelum pos ..Insya allah.

Kupiah untuk anak teruna Siti Mariam, kenalan di FB

Dalam masa yang sama, saya sempat juga menggunting kain untuk dibuat baju raya. Sudah dijahit tepi dan insya allah hujung minggu ini saya akan menjahitnya .

**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment