| Rude staff of Klinik Kesihatan Putrajaya |
| Shaliza Salleh | Aug 8, 07 1:51pm |
| I would like to highlight the disgusting and appalling behaviour of certain staff of Klinik Kesihatan Putrajaya. I was required to undergo a HIV test at a government clinic. Being a resident of Putrajaya, I chose to make an appointment with Klinik Kesihatan Putrajaya (KKPJ). The government has done all it can to improve the lives of the government servants so why can't they be more courteous and polite as they are representing the government. It is an act of disrespect to the public to have people with such attitude working and representing the government. |
Walaupun peristiwa ini sudah setahun berlalu, saya sebagai penjawat awam berasa sedih dengan sikap pegawai di klinik ini. Saya juga merasakan , orang lain yang juga pernah/ akan mendapatkan perkhidmatan di klinik ini juga pernah menghadapi insiden ini. Saya juga pernah berhadapan dengan staff2 di klinik ini yang kurang sopan walaupun mereka orang melayu.
Cerita Saya
Kes 1
Semasa mengandung anak sulung, ketika kandungan masuk minggu ke 24, selepas mengadakan ujian air kencing, darah dan berjumpa dengan nurse bertugas untuk pemeriksaan rutin kandungan ( tinggi rahim,berat dll), saya diarahkan untuk memeriksa keadaan gigi. Selepas terpaksa menunggu 1 jam untuk check darah dan ujian air kencing dan 1 jam untuk berjumpa nurse dan satu jam untuk check gigi ini layanan yang saya terima
Nurse : Cepat la ..lembap..nak duduk atas kerusi ni pon susah ker
Saya : Terkedu
Nurse : Terhegeh2...sandar dan nganga mulot tu luas sket.Macam tak pernah check gigi!
Saya : Terkedu
Selepas 2 - 3 minit
Nurse : OK boleh keluar
Saya : ( Dalam hati punya la lama tunggu..layanan macam nih..check sekejap giler...buat sakit pinggang n sakit hati )
Kes 2
Selepas anak sulung dilahirkan, anak sulung saya menghadapi ekzema di pipi kanan dan kiri. Ala2 macam jerawat la...Saya selalu pergi ke klinik swasta dan alhamdulillah ekzema berkurangan.Tapi saja nak try alternatif lain.Bila pergi klinik kerajaan ( ramai rakan2 rekomen ubat klinik kerajaan ok ) jumpa la doktor..Doktor tengok dari jauh..dan terus arahkan kami pergi farmasi ambil ubat.Bila guna ubat tu..masya allah...bukan peta malaysia je ada kat muka anak....abis peta siberia,china, amerika latin pendek kata peta dunia la ada kat muka anak..sian anakku...saya serik dan tak pernah pergi ke klinik kerajaan untuk dapat rawatan .
Kes 3
Bila anak sulung besar..ekzema dia berpindah ke buntut.Nak jumpa doktor..tapi tak dapat..dapat jumpa MA je. MA pon sama spesis dengan doktor..Tak tengok pon rashes anak..pandang kami pon tak..just terus bagi krim untuk sapu..N result dia sama..krim yang dia bagi tak pernah mengurangkan rashes malah membiakkan lagik..terima kasih la banyak2..
Kesimpulannya.. saya memang kurang yakin dengan klinik2 kerajaan nih..Kalau setakat demam/batuk/selsema /kudis saya pergi swasta je la. Bersalin je terpaksa ke hospital kerajaan sebab tak mampu tanggung kos hospital swasta. Bab besalin kat hospital kerajaan usah citer la macam mana lak pengalamannya kan.....Bukan semua mampu dapatkan rawatan di klinik/hospital berbayar. Tapi ada pro/kontra guna khidmat swasta atau kerajaan..Rezeki masing-masing..
**ART IS A PASSION**