Friday, August 19, 2022

Kupiah Kait Gaza Bernama

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Kupiah kait merupakan projek pertama saya sejak saya mula menjebakkan diri dalam dunia kait krusye ini.

Sejak itu sehingga kini tempahan sentiasa ada, alhamdulillah.

Dan saya mula menerima dan mencuba mengait projek lain. Kasut bayi, selimut bayi, anak patung, model payu dara, musang pun ada.

Terima kasih yang tidak terhingga pada kawan-kawan yang telah menempah dengan saya kerana memberi peluang saya mencuba pelbagai projek.

Kali ini saya terima tempahan dari kawan sekolah untuk anak-anaknya. Kupiah kait dengan tema warna bendera Palestin.




 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

No comments:

Post a Comment