Tuesday, March 31, 2020

COVID-19 Gelombang Kedua

1. Saya ada terbaca juga komen-komen yang mengatakan Malaysia sepatutnya menyekat kemasukkan dari China semenjak dahulu lagi.

2. Ada juga yang mengatakan penularan wabak ini adalah kerana kita tidak menghalang kemasukan dari China sebelum ini.

3. Kenyataan-kenyataan ni sebenarnya tak betul. Sebenarnya kita tidak boleh mengatakan sesuatu pendekatan itu sesuai sepanjang masa. Adakalanya apa yang kita rasa wajar sebenarnya tidak memberi kesan.

4. Malaysia telah memulakan sekatan kemasukan dari wilayah China yang terbabit pada 27 Januari 2020. Pada ketika itu, Malaysia menyekat kemasukan dari wilayah Hubei termasuk Wuhan. Kemudian sekatan ditambah peringkat demi peringkat.

5. Pada ketika itu Malaysia lebih mengutamakan usaha saringan dalam negara. Secara logiknya, menyekat hanya kemasukan dari China tidak akan beri kesan sebab jangkitan ini boleh juga datang dari banyak negara lain.

6. Langkah kerajaan pada ketika itu adalah tepat kerana dengan usaha yang dibuat, Malaysia sudah bebas dari kes baru dari 15 Februari sehingga 29 Februari.

7. Selama 11 hari sehingga 29 Februari, Malaysia tiada kes baru. Dan kesemua 22 kes positive sehingga 15 Februari itu telah sembuh pada 29 Februari. Ini bermaksud sehingga 29 Februari, sudah tidak kes covid-19 dan yang positive sebelum ini telah sembuh.

8. Ini menunjukkan tindakan kerajaan semasa gelombang pertama tepat dan telah berjaya menghentikan penularan wabak covid-19 dan kesemuanya sembuh.

9.Gelombang kedua bermula pada 29 Februari iaitu selepas 11 hari tiada kes baru.

10. Hampir kesemua kes pada gelombang kedua ini adalah datangnya dari dalam negara Malaysia sendiri iaitu bermula dengan kluster kes 26 (Pengerusi UDA) dan kemudiannya dari kluster Tabligh.

11. Sehingga kini terdapat lebih dari 500 kes yang positive yang datang nya dari dua kluster dalam negara ini.

12. Oleh kerana wabak covid-19 ini telah menular di beratus negara, maka pada ketika ini tindakan yang wajar adalah menyekat kemasukan kesemua negara dan bukan hanya negara-negara tertentu.

13. Oleh itu, kenyataan yang mengatakan bahawa wabak ini tidak akan terjadi sekiranya kita menyekat kemasukan warga China pada awal-awal dulu adalah tidak benar kerana penularan pada gelombang kedua ini bukanlah dari kemasukan warga China tetapi adalah dari warga Malaysia yang keluar negara. Malaysia telah berjaya menyekat penularan wabak ini semasa gelombang pertama.



via FB Sawal Ali

No comments:

Post a Comment