Friday, March 29, 2019

Innalillah - Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tanggal 2 Mac 2019, Papa saya Norlin bin Tamrin telah pergi selama-lamanya meninggalkan dunia yang fana ini. Papa pergi akibat sakit hepatitis C. Jangkitan kuman pada hati. Selain itu, Papa turut ada masalah lemah jantung dan buah pinggang. Semoga Allah ampunkan segala dosa Papa dan berbahagialah Papa di sana bersama Mak, Abah, Paklong dan Paksu serta Firas yang telah pergi terlebih dahulu. Kami semua akan menyusul.

Hubungan saya dengan Papa bukan macam keluarga lain. Sejak kecil saya dibesarkan dan dipelihara oleh datuk dan nenek ( mak + abah) sebelah ayah. Ayah dan mak papa. Papa sibuk dengan hal dia. Cerita lama kan. Akhir hayat papa, saya cuba bantu papa semampunya. Bantu makcik-makcik lain jaga papa. Layan kehendak dia.

Air mata saya tumpah juga semasa urusan mengkapankan jenazah papa. Perasaan bercampur baur, Allah je tahu.

Hal saya dengan papa dulu saya serahkan pada Allah. Saya tidak pernah sekelumit pun menyimpan dendam pada papa. Allah tahu apa yang kita tak tahu.

Saya harap pada yang membaca post ini, mohon doakan untuk papa saya. Semoga Allah ampunkan dosa beliau, tenang di sana di samping orang-orang yang beriman. Amin

 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

Anak yatim
Natrah
29032019

2 comments: