Wednesday, February 14, 2018

Cara Menjual Kereta Persendirian Terpakai Yang Sudah Selesai Pinjaman Bank

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ

 ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Alhamdulillah. 
Awal bulan lalu saya berjaya jual kereta viva milik saya pada orang persendirian selepas beberapa bulan mengiklankannya dalam media elektronik. Pada mulanya ramai yang bertanyakan perihal kereta tersebut termasuk scammer. Hati-hati ya. Malah ada yang berani datang ke rumah untuk pandu uji kereta tersebut. Oleh kerana pemuda tersebut dan permintaannya sangat mencurigakan, saya batalkan niat untuk jual kereta viva kesayangan saya ini padanya walaupun pada mulanya suami saya telah bersetuju apabila pemuda tersebut berhasrat bank in sejumlah wang harga kereta ini. Nasib baik.. Syukur pada Allah.

Kereta terpakai boleh dijual pada individu / ejen kereta terpakai atau syarikat kereta terpakai. Sekiranya jual pada individu perseorangan harga kereta lebih mahal berbanding sekiranya dijual pada ejen kereta terpakai atau syarikat kereta terpakai kerana mereka nak up harga untuk dijual kembali. Lazimnya mereka akan beli dari kita separuh dari harga jualan semasa kereta tersebut dengan mengambil kira keadaan kereta terutamanya bahagian badan kereta ( cat ), enjin, tayar dan pendingin udara. Kalau kereta ada sport rim satu bonus. Pastikan kereta tiada cat tertanggal, kalau calar sikit-sikit tak mengapa. Enjin jangan ada leaking/ makan minyak hitam. Tayar pula pastikan shaft,chamber elok dan tak patah/bengkok. Air cond mesti tip top. Tidak dilupa kalau tak pernah accident lagi bagus. Semasa bakal pembeli datang, mereka akan lihat kesemua perkara ini dengan teliti. 

Langkah-langkah menjual kereta persendirian terpakai yang sudah selesai pinjaman bank.

1. Buat pemeriksaan PUSPAKOM. Daftar dan bayar secara online untuk slot temujanji.Dua hari sebelum pemeriksaan. Pilih waktu temujanji anda. Kalau nak cepat daftar ambil pukul 8.00 pagi. Daftar Isnin, Rabu dapat check. Macam saya buat pemeriksaan di Bandar Baru Bangi. Slot pukul 8.00 pagi. Sampai setengah jam awal dan beratur terus di barisan hadapan sekali. Once pintu dah buka masuk untuk Q. Bawa slip pemeriksaan ke kaunter untuk scan dan pengesahan oleh staff. Perkara yang diperiksa semasa di PUSPAKOM ialah

- tinted ( cabut semua tinted di kesemua cermin anda )
- chasiss
- body ( nak check kereta potong atau tidak)

Selesai semua ni tunggu panggilan untuk dapat report. Laporan softcopy turut dihantar ke emel. Selesai


2. Pergi JPJ dengan buyer. Minta buyer buat bayaran kereta. Bayaran Pindah Milik kenderaan boleh kaw tim buyer atau owner nak bayar. Bawa IC dan buat thumbprint owner dan buyer. Haritu saya pergi di JPJ Galeria Putrajaya. Part saya selesai tapi part buyer tak selesai sebab dia nak tukar hak milik atas nama syarikat. Kena pergi cawangan JPJ lebih besar macam di Bangi/Bdr Sri Permaisuri/Padang Jawa.

3. Claim road tax dan insuran selepas berjaya tukar hak milik. Tunjuk slip pindah hak milik pada insuran ejen dan isi borang untuk road tax. Memandangkan road tax viva rm20 aje, saya sedekahkan pada JPJ.

Selesai urusan jual beli kereta. Pengalaman.

 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

No comments:

Post a Comment