Monday, April 18, 2016

Octopus Amigurumi And Kuffe With Name

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


 

 Hi.. Masih lagi merasa mabuk walaupun sudah masuk 18 minggu. Esok akan ke Klinik Kesihatan lagi untuk temujanji antenatal. Oleh kerana saya ada kes keguguran pada kehamilan lepas, kekerapan temujanji antenatal saya adalah setiap dua minggu sekali..... Esok saya akan menerima keputusan ujian MGGT ( minum air gula perisa oren ) dan kemungkinan kandungan saya akan diimbas. Sejak kandungan mencecah usia 15-16 minggu lalu saya sudah merasakan pergerakan janin dalam kandungan ini. Alhamdulillah... rasa seperti rama-rama berterbangan dalam perut. Ye la..janin baru bersaiz 15 cm panjang. Mana mungkin pergerakan dirasai dengan jelas ..apatah lagi perut ibunya tebal berlemak laksana mammoth di zaman pra sejarah (^_^).

Ok kisah sotong dan kupiah. Khas buat junior saya di SMKUK untuk dipakai masa majlis aqiqah anak terunanya. Sotong tu sebagai perhiasan aja. Lama tak kait amigurumi. Boleh cuba dan pattern nya di SINI. Sekarang saya hanya ada dua tempahan sarung botol. Benang masih belum dibeli. Vitamin M overdose at this moment. Cuti hanya dihabiskan dengan berehat dan goyang kaki.....
Ok..sampai ketemu lagi. Jaga diri hiasai peribadi.




Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

No comments:

Post a Comment