Thursday, March 10, 2016

12 weeks pregnant

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Si polan: Eh..lama tak nampak awak Natrah?

Saya : Ye.. saya tak sihat lagi. Masih mabuk teruk. Tak larat nak datang kerja. Kat rumah pun terbaring ajer.

Si polan : Tak ok lagi. Asyik takde je kat opis. Kejap ade..kejap takde..

Saya : Senyum je la...nak cakap macam mana lagi kan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Macam la cuti dan duit awak yang saya abiskan ye dak.


Erm.. mungkin setengah orang mabuk/alahannya tak teruk. Saya pun kalau diberi pilihan tak nak mabuk teruk macam nih. Nangis je tengok nasi, tengok air. Terliur je tengok anak-anak dan suami makan. Saya makan juga, tapi kuantiti sikit sampai berat turun  ( 1 kg ) . Berat macam yoyo. First time mengandung berat turun. Hahahahaha. Kalau tak saya champion berat naik tak masuk akal. Mana taknya. Minum air pun saya muntah.

Akibat kurang air dalam badan nih, saya kena pergi check up 2 minggu sekali. Dah la kene buat buku merah awal. Letih sangat bila pergi checkup masa mabuk ni. Terpaksa checkup awal kerana saya ada kes jantung janin yang gugur pada kehamilan lepas. Saya kena consume 1/4 aspirin setiap hari sehingga ke 36 minggu kehamilan. Pada yang membaca entry ini, doakan saya ya. Semuanya selamat..anak sihat, sempurna, cukup sifatnya lahir ke dunia dan membesar dengan sihat serta menjadi anak soleh yang boleh berbakti kepada agama, nusa dan bangsa.

Oh ya..saya dah di hujung trimester pertama. Kandungan hari ni berusia 12 minggu 4 hari. Masih mabuk, loya dan angin kat perut nih. Mengait pun tak larat. Saya tak boleh menumpukan perhatian pada sesuatu terlalu lama. Nanti pening sesangat dan akhirnya saya tidur kemabukan.

Ada dua lagi order perlu disiapkan. Allah..moga hilanglah mabuk nih. Rindu dendam nak makan macam-macam. Hahahaha.

Till then..


xoxo

1 comment: