Tuesday, December 8, 2015

HUTANG KAD KREDIT SAMPAI PULUHAN RIBU? WAJIB BACA NI!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Kelmarin saya ada tunjuk outstanding balance credit card (CC) saya yang berjumlah RM45,000+. Saya janji kalau ramai komen & like saya akan bagi tips macam mana saya manage penggunaan kad kredit saya serta kelebihan menggunakan kad kredit berbanding tunai (cash). Tak disangka, post tersebut cecah 900+ like & 400+ komen walaupun saya tak bagitau berapa like & komen saya nak. Hahaha... ok ok now straight to the point.
.
Ni gambar kenangan saya waktu kerja sama bank dengan Ustaz Ahmad Mukarrami Ab Mumin @ Abe. Saya department marketing, dia pula Syariah. Saya banyak deal dengan dia untuk approval marketing materials. Still contact dengan dia sampai hari ini. Sekarang beliau dah pun jadi Head of Syariah di salah sebuah bank utama di Malaysia. Apa kaitan beliau dengan CC? Nanti anda akan tahu... muka-muka lain saya censored ye hehe. smile emoticon
.
KELEBIHAN CC vs TUNAI or DC (kad debit)
.
1) LEBIH SELAMAT. Sebab kalau hilang boleh call bank untuk block. Cash terus hilang. DC lagi teruk, kalau orang lain pakai habis terus duit cash anda kena sedut. CC ni boleh dispute lagi dgn bank sebab belum dibayar lagi. Kalau tiba-tiba dapat statement dan nampak penggunaan yang mencurigakan, boleh buat aduan kat bank.
.
2) PERBELANJAAN LEBIH TERSUSUN. Kita takkan ingat apa kita belanja guna duit kita ye tak? So dengan adanya statement CC setiap bulan, kita tau duit kita pergi mana.
.
3) DAPAT POINT / CASHBACK / DISKAUN. Point tu boleh tukar kepada barang. Selain tu dapat lagi additional discount. Kadang dapat lucky draw or cashback kalau kita participate. Saya selalu tukar point kepada voucher & tiket wayang. Kadang bank buat kempen sekali swipe dapat 5x point! Oh ya special invitation pun selalu juga bank bagi. Ada sekali dapat duduk Palace of Golden Horses 2 malam. Free je, value RM1,000++ tue smile emoticon
.
4) KREDIBILITI REKOD CCRIS. Bila anda ada facility bank, nama masuk CCRIS. payment cantik, maka mudah untuk anda dapat loan pada masa akan datang. Jangan tak tau yer, kalau anda takde apa-apa facility lepas tu anda apply loan, ada kemungkinan permohonan anda kena reject sebab bank tak tau perangai anda handle duit macam mana. Huhuhu...
.
5) ROLLING BUAT BISNES. Anda diberi tempoh 20 hari untuk bayar penggunaan CC anda. Dulu saya berniaga, beli stok pakai CC. Jual jual jual, then baru saya bayar balance CC tu. So, saya tak pakai duit saya sendiri tetapi pakai duit bank utk buat bisnes. Bijak kan? Ngeh ngeh ngeh (awas, kalau tak pandai manage jadi hamba bisnes & CC pula nanti).
.
6) KEGUNAAN EMERGENCY. Cash dah habis, boleh buat cash advance (tapi mau jaga lah, 18% wooo profit charge!) atau swipe la beli apa yg perlu. Kalau harap cash saja memang susah especially time tengah bulan. Kalau tiba-tiba accident, kereta rosak, masuk hospital dsb time kita takde cash, ketika inilah CC boleh membantu.
.
.
CARA SAYA MANAGE PENGGUNAAN CC SAYA:
.
1) Saya hanya guna amaun yg saya boleh bayar full. Saya tak akan sesekali beli lepas tu drag bayar 5% (minimum) tiap-tiap bulan. Hampir semua perbelanjaan untuk hidup dan juga bisnes saya gunakan CC.
.
2) Semua benda saya buat auto-payment. Serius senang hidup saya. Bil astrok, telefon, takaful dsb buat auto. Di samping tak perlu risau terlupa bayar, saya juga dapat kumpul point hehehe. Contact lah pihak utiliti tu tanya macam mana nak buat auto payment ye.
.
3) Kalau ada benda mahal saya nak beli, saya beli 1 hari selepas "statement date" (SD). 20 hari lepas SD ialah DD (due date, tarikh kena bayar). Bila saya buat macam tu, saya dapat panjangkan tempoh "interest/profit free period" kepada 50 hari. Dah dekat 2 bulan tu!
.
Mungkin sedikit pening, so saya bagi contoh lah. SD saya 03 haribulan. Ia menunjukkan segala perbelanjaan saya dari 03 Okt - 02 Nov (30 hari). Jumlah yg digunakan perlu dibayar pada 23 Nov (20 hari selepas SD). So, jika saya beli barang pada 04 Nov (1 hari selepas SD), saya hanya perlu bayar pada 23 Disember lah. Ada paham?
.
4) Saya ada 2 kad yang berbeza SD, jadi saya boleh manage perbelanjaan saya dengan lebih baik untuk bayar selewat yang mungkin tanpa dikenakan apa-apa caj. If harap 1 kad je susah nak susun timing perbelanjaan tu.
.
5) Saya akan check statement saya untuk pastikan semua transaksi adalah dilakukan oleh saya. Setakat ni Alhamdulillah tak pernah lagi ada transaksi yang mencurigakan.
.
.
"HUTANG CC SAYA BANYAK GILA DAH NI. APA PATUT SAYA BUAT?!"
.
Pernah satu ketika dulu hutang CC 2 kad saya berjumlah RM25,000. Muda lagi masa tu. Tertekan woo nak hidup. RM1,250 tiap-tiap bulan bayar kat bank (minimum payment 5%). Apply loan pun tak lepas sebab CC pakai sampai full limit. Apa saya buat masa tu?
.
1) Stop pakai CC dan tengok balik apa yg saya dah swipe sebelum ni. Masa ni memang swipe dahi pula lah setelah seronok swipe beli barang hahaha. Ingat, kena stop dulu pakai CC tu ye.
.
2) Akan ada bayaran recurring di CC anda. Maksudnya, walaupun dah tak pakai, tiap-tiap bulan ada caj tetap spt astrok, bil telefon, takaful dll. So, cancel kan semua autopayment tersebut kecuali yg betul-betul kritikal sahaja. (contoh: Takaful)
.
3) Rancang pembayaran anda. Kalau bayar 5%, dalam masa dekat 2 tahun baru hutang anda habis. Saya tak sanggup, so saya berjimat cermat dan "serang" CC saya cukup2. Saya cari 2nd income (forex trading) dan profit saya bayar pada CC untuk clear kan secepat mungkin. Bonus ke, komisen ke, semua saya serang balance CC.
.
Ya itu sahajalah cara saya settle balance CC saya, melalui kawalan perbelanjaan dan peningkatan income. Semua orang pun boleh buat janji ada burning desire utk hapuskan hutang CC yg ada. Tetapi, ada cara lain yang lebih bijak sebenarnya... nak tahu bagaimana?
.
SIAPA ABE?
.
Abe ni pakar yang banyak gile kongsikan banyak tips & ilmu CC dalam ebook & video beliau. Zaman dulu waktu bergelumang dengan hutang CC saya banyak baca forum & TT utk cari ilmu urus CC. Sekarang dah senang dah, untung la anda semua boleh baca ebook & tengok video macam ni. Senang hidup wooo... baca ebook je paham dah. Tengok video bertambah-tambah jelas jadinya.
.
Apa yang saya amalkan & belajar selama ni pasal pengurusan CC ada dalam tu. Salah satu yang saya patut buat (tapi masa tu tak tahu lah) ialah BALANCE TRANSFER. Ia boleh jimatkan bayaran bulanan anda sampai tahap gila-gila! Bayangkan, kalau anda plan nak full settle dalam 6 bulan, bayar profit rate 1.99% p.a je berbanding 12- 18% p.a. Tak ke banyak gila jimat tu?
.
Teknik snowball dan avalanche tau? Haa... kalau tak tahu, sebab tu la anda kena belajar. Benda camni mana ada ajar kat sekolah or universiti huhu...
.
Anda mungkin akan gunakan CC seumur hidup anda. So, why not belajar cara untuk optimize kan penggunaan CC dan cara menguruskannya sekarang kan?
.
KLIK SINI KALAU ANDA SERIUS NAK KUASAI CC DAN BUKANNYA CC MENGUASAI ANDA!
.
https://insideout.aztetic.my/ms/buy/uruskadkredit
https://insideout.aztetic.my/ms/buy/uruskadkredit
https://insideout.aztetic.my/ms/buy/uruskadkredit
.
Jangan lupa add atau follow Ustaz Abe untuk dapatkan tips-tips terkini ya:
.
https://www.facebook.com/ahmad.abmumin?fref=ts
.
.
Sekian terima kasih & semoga bermanfaat. Tag & Share lah dengan rakan-rakan anda, mungkin ia boleh membantu menyelesaikan masalah hutang kad kredit mereka. Wassalam
.
.
KHALID HAMID a.k.a ABANG LID 


 xoxo

No comments:

Post a Comment