Monday, November 30, 2015

Kalendar Tahun 2016 Versi CIKGUGRAFIK

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Salam.

Hari Isnin terakhir di bulan November. Musim hujan. Tempat yang selalu bah dan mula bah termasuk kampung MYBFF di Pasir Mas. Trauma beb.

Genap 12 hari Mak pergi. Jari jemari ni masih lagi cuba mendail no mak. Rasa macam Mak masih ada kat kampung. Di pertengahan usaha mendail tu baru tersentak dan tersedar, eh Mak dah takde la.. nangis...

Apabila malam tiba, tatkala nak melelapkan mata, dah jadi rutin sedekah kan Al Fatihah untuk yang hidup dan yang sudah pergi meninggalkan kita. Kalau dulu, sedekah untuk Mak supaya Mak sentiasa sihat... kali ni sebab Mak dah takde. Supaya mak tenang kat sana... nangis..

Bila makan atau masak, mesti terkenang lauk-lauk ni Mak selalu masak masa kecil-kecil dulu. Mak masak memang sedap giler... takde sape pon bole masak sehebat Mak. Air milo Mak bancuh pun sedap wei..cukup lemak manis kick sume .. nangis

 Argh....lama nak pulih nih..

 Life must goes on..


Sebulan lagi ke tahun 2016. Saya nak share ni ada seorang hamba allah ni share kalendar. Download la uolls and boleh rancang cuti ye. Balik kampung n lawat mak ayah korang selagi dorang masih ada.

Klik sini sementara nak dapat kalendar kuda tu. Bole dah belek-belek bila cuti raya, bila cuti sekolah hehehe..


 Natrah
301115

xoxo

2 comments: