Dipetik daripada blog : Dunia Hitam Dan Putih
Assalamualaikum wbt...
Kawen? Bunyi memang
macam meneyronokkan. Yelah, siape yang tak suke kahwin kan? Walaupun
tak semua perkahwinan akan bertahan, tapi kalau kita betul-betul
sayangkan sesebuah perkahwinan, kite kenalah cube sedaya upaya
pertahankan berdasarkan iman dan ilmu.... (cewah, ayat cam dah pro je
bab2 rumahtangga nie...hahaha)
Ok, kat sini, saya
nak buat kesimpulan berdasarkan pencarian, kajian saya sikit-sikit
tentang pantang-larang dalam perkahwinan untuk memastikan perkahwinan
yang hanya satu kalinya diadakan sepanjang hidup (insya Allah) mendapat
berkat dan rahmat daripada Allah SWT dan menjadikan permulaan awal yang
dipenuhi barakah dalam gerbang penikahan.
Tak nak cakap
panjang-panjang, saya nak masuk terus pada point saya. Benda-benda
penting yang dianggap remeh or dipandang tak penting oleh sesetengah
bakal pengantin. Berhati-hatilah dan pastikan anda TIDAK TERLIBAT dengan
mana-mana perkara yang diharamkan oleh Allah SWT...
1) SAMBUNG BULU MATA
Ramai yang tak perasan
(mungkin tak berapa tau) tentang perkara nie... Ada dikalangan
pengantin atau baka-bakal pengantin yang tak perasan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh mak andam ialah menyambung bulu mata pengantin perempuan
dengan bulu mata palsu. Hal ini adalah HARAM di sisi syara'. Perkara
ini berdasarkan kiasan daripada hadis Rasulullah SAW yang mengharamkan
penyambungan rambut dan baginda juga telah melaknat golongan wanita yang
menyambung rambut dan juga wanita yang meminta disambungkan rambut
sebagaimana sabdanya:
عَنْ
أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم –
قَالَ لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ ، وَالْوَاشِمَةَ
وَالْمُسْتَوْشِمَةَ
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Allah melaknat
perempuan yang menyambung rambutnya dan perempuan yang meminta agar
rambutnya disambung, perempuan yang mentato dan perempuan yang meminta
agar ditatoo.”(HR Bukhari no 5589).
Jelas terang
lagi nyatalah bahawa hukum penyambungan rambut boleh dikiaskan dengan
bulu mata, sebagaimana pengharaman dadah dan rokok dikiaskan daripada
pengharaman arak.
2) MEKAP BERLEBIH-LEBIHAN
Perlu ke make-up sampai
7 inchi? Ape tujuan make-up nie sebenarnya? Menurut tulisan Ustaz
Hakimi al-Mansouri daripada Unit Baitul Muslim PEMERAM (Persekutuan
Melayu Republik Arab Mesir) telah mengkategorikan make-up yang
berlebih-lebihan sehingga menghilangkan keaslian wajah si pengantin
sebagai TABARRUJ kerana bersesuaian dengan makna tabarruj ialah "Berhias
untuk menunjukan perhiasan badannya." Malah Allah juga telah berfirman
di dalam surah Al Ahzab ayat 33,
وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ
“…dan
hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan
bertingkah laku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu
(pertama)”.
Ramai wanita yang
terlibat dalam hal ini tergolong dari golongan yang ada ilmu agama.
Jika di dalam hal lain kita boleh bertegas, kenapa di dalam hal
perhiasan diri ini kita tak mampu untuk bertegas? Adakah semata-mata nak
jaga hati orang tua kita yang kurang memahami atau ingin menjaga hati
mak andam yang bertandang ke rumah kita dari awal pagi lagi? Perihal ini
lebih dikhususkan kepada perempuan kerana perempuan adalah pintu fitnah
bagi lelaki jika tak dijaga betul-betul.
Saya juga ingin memetik petikan daripada Ustaz Hakimi tadi:
"Jika kita
melihat kepada pengertian tabarruj dari kitab Muhimmah, ia menyebut
boleh memberikan fitnah kepada orang lain. Maksud orang lain di sini
ialah orang ajnabi atau hilah iaitu orang asing yang bukan mahramnya.
Ketika bersanding, sudah pasti pengantin perempuan akan berhias
secantik-cantiknya untuk padankan dengan gelarannya sebagai 'raja
sehari'. Bedak di muka bukan main lagi. Ditambah lagi gincu di bibir.
Apatah lagi matanya yang berwarna warni. Pipi pula kemerah-merahan.
Kalau dulu berjubah, masa bersanding boleh pula pakai kebaya atau
kebarung? Semua sudah maklum bahawa baju kebaya atau kebarung menjadi
sempit sedikit di pinggang. Jadi bukankah itu sudah tidak menutup aurat
dengan sempurna? Sengaja memperlihatkan bentuk tubuh badan."
Renung-renungkanlah...
3) TUDUNG PENDEK
Macam
dah jadi trend sekarang kan pakai tudung nie? And trend
pengantin-pengantin sekarang, pakai tudung yang pendek nie mase
bersanding... Sedar tak, kita pakai tudung yang camnie, sama sekali
tidak menepati ciri-ciri yang digariskan syara'? Allah sendiri dah
berfiman dalm surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"...dan
janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa)
terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudungnya ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..."
"Biasa" kat ayat
ini ialah apa yang selain daripada aurat wanita iaitu dua telapak tangan
dan juga muka... Itu yang dimaksudkan oleh Allah dengan biasa tersebut.
Cuba baca ayat nie dengan mata hati kita... Sama-sama kita renung kasih
sayang Allah pada wanita. Allah nie nak sangat kita nie terpelihara,
terjaga tapi kenapa kita tak nak Allah lindungi kita? Kadang-kadang,
kita lebih ikut telunjuk boypren or bakal suami or suami yang suruh kita
dedahkan aurat. Ape kes? Untuk kes boypren2, tinggalkan jelah boypren
yang soh anda SINGKATKAN tudung anda. Kalau suami pulak yang kenis
camnie, ape lagi... Tegurlah dengan berhikmah dan tetaplah pada
pendirianmu, untuk kekal dengan tudung labuhmu... Ingatlah kisah Asiah,
isteri Firaun yang tabah mempertahankah tauhidnya walaupun suaminya
adalah manusia yang memusuhi Rabb-Nya....
Apa tujuan kita
pakai tudung sebenarnya? Jom kita muhasabah balik sama-sama.... Kita
pakai tudung bukan untuk berhias-hias, bukan untuk lawan dengan
kawan-kawan atau jiran sekampung, tudung sape lagi banyak labuci....
Tudung hanyalah sehelai kain namun mempunyai nila yang sangat tinggi di
sisi Islam... Sebab apa? Dengan sehelai kain yang tidak jarang dan
ukurannya mampu menutupi bahagian-bahagian badan yang tertentu,
menjadikan tudung itu mulia.... Apalah nilainya di sisi Allah, kalau
kita bertudung tapi tidak sempurna...
Tak yah cakap soal
Allah dulu lah, kite cakap dalam skop kecil. Kalau anda nak beli kuih
karipap contohnya (sebab saya suke karipap...hehehe). Sekumpulan kuih
karipap dihidang dalam keadaan terbuka, lalat pun banyak dah hinggap kat
situ, siap hari bulan nanti kang boleh bertelur plak lalat-lalat tue...
And satu lagi group karipap nie diletak dalam bekas yang elok tertutup.
Mane satu yang anda akan pilih? Saya kompom majoriti akan pilih karipap
kat bekas tertutup. Sebab ape? Mesti sebab dia terlindung daripaa
hinggapan2 lalat yang boleh bawa penyakit pada kita kan?
Simple. Macam tu
jugak dengan tudung.... Tudung tak sempurna, sama macam karipap dihidang
kat tempat terbuka. Tudung sempurna, macam karipap kat tempat tertutup.
(Sape tak paham t msej kat fb saya, saya terangkan lagi lebih
jelas...hehehe)
Lagi satu, tudung
nie kan untuk mengelakkan fitnah. Kalau dipakai dengan tidak sempurna,
misalnya di atas bahagian dada, bukan ke bahagian yang disyariatkan
untuk ditutup dah terbuka? So, bukan ke perkara nie akan mendatangkan
fitnah? Sama-sama kita renungkan.... =)
4) BAJU PENGANTIN YANG MELERET-LERET
Isbal...
Macam postage saya yang sebelum nie, isbal tu maksudnya melabuhkan
pakaian hingga menutupi jari kaki, ada ulamak yang mengatakan orang yang
melabuhkan pakaian seperti itu adalah lambang orang yang sombong
berjalan di muka bumi. Tetapi ada juga ulamak yang mengatakan bahawa ia
bergantung pada niat, sekiranya tujuannya untuk menyombong maka ia
dilarang.
Dr ’Ali Jumaah
pernah berkata bahawa ulama usul fiqh menyatakan, hukum yang lahir ada
dari Nas, terbahagi kepada dua, iaitu "Al-hukm Lizatih" dan "Al-hukm
lighairih".
"Hukum lizatih"
bermaksud, hukum yang sememangnya wujud pada diri atau zat sesuatu nas,
seperti pengharaman arak, kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya.
Adapun "hukum
lighairih" pula adalah, hukum yang difahami dari sudut yang lain, iaitu
tidak memadai dengan merujuk kepada sesuatu nas sahaja, seperti hukum
pengharaman terhadap memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku
lali.
Merujuk kepada
hadis-hadis nabi SAW, didapati bahawa Nabi SAW melarang memakai pakaian
yang labuh sehingga menutup buku lali. Antara hadis tersebut adalah:
حَدَّثَنَا
أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ ، حَدَّثَنَا
مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ
أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ ، لَمْ يَنْظُرِ
اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ " ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ : يَا
رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ
أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلَاءَ
Maksudnya:
“Siapa yang memanjangkan pakaiannya kerana khaila’(sombong dan bangga
diri), Allah tidak melihatnya pada hari kiamat.” Abu Bakar As-Shiddiq ra
berkata, “Ya Rasulullah, kainku ini longgar namun aku tetap
menjaganya.” Rasulullah SAW bersabda,”Kamu bukan termasuk orang yang
sombong dan bangga diri.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari sudut
"hukum lizatih", daripada hadis ini, maka ulama mengeluarkan hukum
bahawa haram memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Pun
begitu, jika difahami hadis ini dari sudut "Al-Hukm Lighairih”,
pengharaman itu bukanlah dari sudut semata-mata melabuhkan pakaian,
tetapi pengharaman itu bersebab wujudnya unsur sombong dikala memakai
pakaian yang labuh.
Justeru itu,
ulama menyatakan, keharaman melabuhkan pakaian bukannya bersifat mutlak,
tetapi bersifat "Lighairih" iaitu pengharaman yang mempunyai "sebab",
iaitu "sombong".
Jadi,
berdasarkan hadis nie, saya dah tanya sorang lecturer saya yang sangat
hebat dalam hadis iaitu Ustaz Khafidz bin Soroni. Hadis nie bertaraf
sahih, menurut beliau. Beliau juga berkata, hadis nie memang tak sebut
pun perempuan yang berkahwin tapi, boleh dikiaskan kepada cara
berpakaian pengantin perempuan yang menyerupai sebarang unsur yang
dikatakan di dalam hadis ini....
Kita
biasa kan tengok baju pengantin meleret-leret kat lantai sampai si
pengapit kena angkatkan? kalau berdasarkan hukum pakai baju labuh nie,
dihukumkan haram bila si pemakai (lebih fokus kepada pengantin
perempuan) BERNIAT UNTUK MENUNJUK-NUNJUK... Nak komen tentang niat nie,
saya tak leh lah nak cakap pape pulak kan sebab saya nie takde lah
dibagi kelebihan dari Allah leh tengok orang pakai2 labuh nie, adakah
tujuan dia nak lawan dengan anak jiran sebelah yang last week kawen
pakai tak selabuh dia? Dalam hal nie, adalah terpulang kepada niat
masing-masing, namun saya teringin nak tau jugak, kenapa mesti nak pakai
yang labuh-labuh? Kalau bercakap dari logiknya pun, pakai labuh-labuh
sampai pengapit yang susah-susah kena angkat kan, nak buat ape jugak ye?
Kan ke macam menyusahkan kita jugak? Huhu... Same-same kita fikir
balik....
Untuk ulasan
lanjut, saya rasa sampai sini dulu lah ye... Moga artikel yang tak
seberapa nie mampu membantu diri saya dan sahabat -sahabat untuk
memulakan langkah awal, menyusun perancangan yang sempurna sebelum
melangkah ke alam rumah tangga... Semoga masing-masing dikurniakan jodoh
yang soleh/solehah yang mampu menguatkan kita untuk sentiasa mengingati
Allah.
Ingatlah dan
selalulah berdoa supaya kita tidak tersalah dalam mencintai seseorang
agar kita dan dia sentiasa mendapat lindungan rahmat Illahi...
Mohon
maaf andai kata terdapat kesalahan atau kelancangan saya dalam
berbicara. Tiada niat untuk mengejek atau mengeji mana-mana pihak jika
terdapat, sekadar etguran kerana saya sayangkan sahabat-sahabat saya...
Mohon tunjuk ajar mana yang kurang sebab saya pun baru belajar....
Syukran 'ala kulli hal...
Wallahu a'alam... =)
No comments:
Post a Comment