Monday, August 10, 2015

Pendapatan Dari Blogspot


Mula-mula sekali anda perlu ada blog atau laman web anda sendiri.
Sebaik-baiknya anda guna blog sebabnya iklan Nuffnang lebih sesuai dan lebih berpotensi untuk beri pulangan yang lebih lumayan apabila ia disiarkan dalam laman web yang sering dikemaskini.
Kalau anda nak siarkan pada web statik yang jarang anda kemaskinikan, ia kurang sesuai. Jadi cadangan saya, anda pilihlah blog.

Ada banyak platform blogging yang boleh anda pilih.
Anda boleh guna wordpress ataupun blogspot. Nak guna tumblr pun boleh. Namun kalau kita lihat selera pemilihan laman blog, lazimnya mereka akan pilih sama ada nak guna wordpress ataupun blogspot.

http://www.nuffnang.com.my


Laman web Nuffnang boleh dilayari menerusi link http://www.nuffnang.com.my

Macam mana nak buat duit dengan Nuffnang?
Anda hanya perlu siarkan iklan Nuffnang dalam blog anda.
Ini adalah program pengiklanan. Sebagai pemilik laman blog, anda bertindak sebagai publisher iklan-iklan Nuffnang, dan sebagai balasan, pihak Nuffnang akan bayar anda jika terdapat klik pada iklan yang disiarkan dalam blog anda.
Ada tiga jenis iklan yang anda boleh siarkan dalam blog anda.
Pertama : Leaderboard (728 X 90)


Kedua: Skyscraper (160 X 300)

 
Ketiga: Large Rectangle (336 X 280)




Ada sekurang-kurangnya tiga cara macam mana blogger yang menyiarkan iklan Nuffnang dibayar.

Pertama, menerusi Cost per click (CPC).

Maksudnya, setiap klik pada iklan yang disiarkan, blogger tersebut akan menerima bayaran. Bayaran dia pula adalah sekitar RM0.10 – RM0.50

Cara kedua, dikenali sebagai Cost Per Unique Visit (CPUV) 

Untuk yang ini, bayaran dikira mengikut berapa ramai pelawat unik yang masuk ke laman blog kita.
Formulanya ialah, lagi ramai pelawat (trafik), lagi tinggi potensi pendapatan yang kita boleh hasilkan.

Cara ketiga ialah sponsored post.

Kaedah ini hanya ditawarkan kepada blogger-blogger tertentu dan terpilih sahaja.
Biasanya ia ditentukan oleh faktor seperti populariti, trafik, topik blog dan sebagainya. Advertiser sendiri yang akan anugerahkan sponsored post kepada blogger tertentu.
Boleh ke jana pendapatan yang lumayan dengan Nuffnang?
Ya memang boleh.

Salah satu yang memang berjaya adalah blogger RedMummy.


Pernah satu masa dulu, RedMummy pernah kongsikan check daripada Nuffnang yang beliau pernah terima. Saya percaya, daripada perkongsian beliau tu, ramai jugak blogger tak kira sama ada yang baru mahupun lama kembali bersemangat nak jadi penulis blog yang serius.
(saya pun tak terkecuali)


Logik ke boleh dapat income macam kat atas ni?
Itu terpulang pada anda sama ada nak percaya atau tidak. Saya tak tulis artikel ini atas sebab nak buat anda percaya.
Saya sendiri pun belum pernah   dapat check daripada Nuffnang.
Itu semua rezeki dari Allah. Tapi tak salah kita berusaha..dan kemudian kita tawakal :D :-)

**ART IS A PASSION**

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete