Tuesday, August 11, 2015

Cerita Ofis Baru

Assalamualaikum

11 Ogos 2015

4 bulan sudah berlalu.
Sepatutnya saya sudah melahirkan Firas 1 Ogos lalu. Apakan daya. Allah lebih menyayangi dia. Saya redha.

Saya masih cuba menyesuaikan diri di tempat baru. Namun begitu dengan adanya pengalaman bertukar pejabat sebelum ini, ia tidaklah begitu sukar seperti sebelumnya. Tambahan pula, suasana dan rakan pejabat di sini agak OK. Alhamdulillah. Bole la digambarkan walaupun hujan panas, kemudian muncul pelangi. Haaa boleh!

Sekarang saya ditempatkan di Unit Aplikasi 1, bertanggungjawab ke atas pembangunan sistem. 100% pengalaman baru. Buat masa ini, kerja tak la menimbun mana, maybe sebab saya baru. Kadang-kadang, bos lain minta tolong update portal, buat minit  dan lain-lain tugas.

Latest, saya jadi urusetia Bajet 2016 yang bakal diumumkan 23 Oktober 2015 nanti. Saya juga mohon untuk terlibat dalam Pasukan Teknikal Standby Bajet 2016. Nak cari pengalaman dan cari duit lebih. Mana nak cari kene bayar OT RM20/jam. Alhamdulillah...rezeki... Sampai bajet ni kene OT, tapi ada jadualnya. Kalau hari-hari kene OT pon tak boleh melebihi 1/3 gaji pokok.

Semalam kena buat minit untuk bajet ni, big boss check( i am not comfortable working directly to big boss)Saya jadi urusetia lagi.. Pergh.. 3 kali repair minit. 3 kali dihamburkan dengan ayat-ayat chenta bos. Hati saya selembut taufu fa. Saya cepat sedih bila someone meninggikan suara dan saya merasakan sikap ni sangat bodoh dan merugikan diri saya. Menjadi seorang yang sangat fragile adalah bodoh dan menyusahkan malah menyiksa diri sendiri. Dari semasa ke semasa saya cuba memperbaiki keadaan ini sebab saya tak nak jadi sedih forever ever after. Saya juga benci dengan diri saya sendiri bila saya suka korbankan diri saya untuk orang lain. Menjadi lilin yang membakar diri untuk menerangi bla bla la ( dah kenapa? )

Argh..Sampai bila???

Dan saya berazam kalau ada rezeki jadi bos nanti, saya tak nak jadi bos kerek. Kenapa kalau jadi bos kena kerek, marah orang tak tentu pasal, as if saja cari kesalahan orang bawahan???

1)Adakah untuk menunjukkan betapa berkuasanya kita?

2)Adakah untuk memastikan anak buah tak pijak kepala kita?

3)Adakah untuk mewujudkan jurang antara bos dan anak buah supaya... rujuk kembali sebab kedua

Ok..saya stress...nak kena hadap lagi mesyuarat-mesyuarat akan datang sempena bajet ni. Lama lagi (T_T)..

Balik kang nak mengait beg lagi. Mood mengait beg sudah mareyyy!!



**ART IS A PASSION**

2 comments:

  1. wow!!!! new experience... 1st time terlibat dengan Bajet ye.. Gud Luck my friend.. InsyaALLAH.. buangkan sikap fragile tu.. jangan simpan lama-lama..... nanti kan merosak diri..

    Take Care dear..

    ReplyDelete
  2. Sedang mengikis sikap fragile dan lembik ini..hehehe

    ReplyDelete