Monday, May 18, 2015

Kupiah Kait Bernama


Assalamualaikum

Siang malam kait kupiah. Lagi 7 dah selamat dihantar. Rasanya hari ni sudah selamat diterima oleh Yun, sahabat lama dari zaman persekolahan dulu.

Bertuah rasanya diberi kesempatan belajar mengait ni.
Dan tambah bertuah dapat kaitkan untuk kawan-kawan.
Makin bertuah pula dapat kawan-kawan yang sentiasa bagi sokongan terhadap projek kecil - kecilan ni. Dapat la tampung sedikit sebanyak perbelanjaan di saat memerlukan.

Yun tempah 7 kupiah ( 8 sebenarnya, tapi kerana masalah teknikal kupiah no 8 tak dapat dikait kerana terhadnya teknik saya mengait buat masa ni (^_^) )

Irsyad, Isyraf
Syaaban, Syawal
Danish
Sufi
Dan satu kupiah dewasa tanpa nama.

Fuh

Rakan-rakan rapat mengetahui saya sekarang berada dalam zone sesak. Kalau ikut perumpaan roda, saya berada di bawah dan tengah berusaha bertungkus lumus untuk kembali di atas.

Moga Allah mudahkan urusan saya.
Pada rakan-rakan rapat yang baca entry ini, anda tahu siapa anda. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya, sob sob

xoxo

https://igcdn-photos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/11236269_1593777917543714_162722318_n.jpg

https://igcdn-photos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/11245669_677507312361145_1936834800_n.jpg

**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment