Credit to The Vocket
Pernahkah anda terfikir apa yang terjadi kepada kereta kereta yang
dirosakkan dalam filem Fast & Furious 7 atau 6 filem terdahulu?
Kereta kereta itu dihapuskan.
WSJ dalam satu artikel
menyebut, pembuat filem memusnahkan 230 buah kereta untuk ‘Furious 7′
dan mereka mengupah sebuah syarikat, Bonnie’s car Crushers untuk
membersihkan kereta kereta yang rosak ketika melakukan penggambaran di
Colorado.
BACA: Adakah Pengakhiran Fast & Furious 7 Membuatkan Anda Menangis?
Pemilik syarikat Bonnie Car Crushers, Mr Jensen menerima panggilan
daripada krew Furious 7 selepas mereka terlihat papan tanda “we buy junk
cars” beliau di lebuhraya.
Mr Jensen dan krewnya, menghabiskan beberapa hari mengangkut kereta
kereta rosak ke dalam sebuah trak. Pembuat filem mahu mereka
menghancurkan terus kereta kereta tersebut untuk mengelakkan sesiapa
saja daripada membaiki dan ditimpa kemalangan akibat menggunakan kereta
yang telah rosak. Antara kereta yang mereka perlu hancurkan ialah
beberapa Mercedes Benz hitam, sebuah Ford Crown Victoria dan sebuah
Mitsubishi Montero.
Walaupun orang ramai maklum yang kereta kereta ini dipersiapkan
dengan baik untuk filem aksi tapi apakah yang terjadi kepada kereta
kereta yang dijatuhkan dari kapal terbang dan di langgar selepas filem
tamat?
Menurut Dennis McCarthy, koordinator kereta untuk francais Fast &
Furious, krew filem perlu mematuhi protokol yang spesifik, mengira
setiap kereta yang dirosakkan dalam setiap filem atas sebab sebab akaun
dan liabiliti.
Pembuat filem “Fast & Furious” merosakkan beratus kereta bagi
setiap filem. Lebih daripada 230 kereta untuk Furious 7. Pada tahun
2013, semasa Fast & Furious 6, apabila kereta kebal merosakkan
beberapa kenderaan tentera dan kereta di lebuhraya di Pulau Tenerife,
Sepanyol, krew filem berurusan dengan pemilik pelupusan barang tempatan.
“Kami menghancurkan 25 buah kereta di siang hari, mereka akan datang
pada waktu malam untuk mengutip dan membawakan lagi 25 buah,” kata
McCarthy. Untuk 2011 “Fast Five” yang mana krew Furious melarikan bilik
kebal bank di bandar Puerto Rico, pembuat filem berurusan dengan
kerajaan untuk menghantar kereta kereta terpakai dengan murah dari tempat pelupusan San Juan ke set penggambaran, merosakkannya, kemudian menghantar semula ke tempat pelupusan.
Selepas penggambaran Furious 7 untuk babak kejar mengejar di
lebuhraya gunung Colorado Monarch Pass, krew kereta menyimpan kereta
kereta rosak di tempat letak kereta berhampiran Monarch Ski Resort. Mr
Jansen dan krew hanya mempunyai dua hari untuk mengalihkan kereta kereta
itu supaya resort tersebut boleh membuat persiapan untuk upacara
pembukaan musim.
**ART IS A PASSION**
No comments:
Post a Comment