Monday, January 19, 2015

Caliph Basker MEMUKAU

Assalamualaikum

Malam tadi AJL29. Mesti ramai menyaksikan rancangan berprestij tersebut yang mengiktiraf penulis/pencipta lagu tersohor/baru kat Malaysia ni.

Sejak meningkat ke usia senja ni, saya kurang ambil tahu pasal penyanyi/pelakon kat Malaysia ni. Tapi lagu ROMANCINTA ciptaan Edry yang dinyanyikan AWEERA memang menarik minat saya. Saya mengikuti kumpulan KRU sejak zaman remaja. Rasanya ramai yang tahu/tak tahu kebanyakan lagu dalam KRU adalah hasil ciptaan Edry, dinyanyikan oleh Yusry, rap oleh Norman. 

Ternyata selaras dengan peningkatan usia, Edry telah menghasilkan naskah yang makin lama makin bermutu yang lebih bermakna. ROMANCINTA adalah salah satu karya Edry terbaik setakat ini. Kontroversi yang timbul akibat isu penyanyi lagu ni melonjakkan reputasi lagu ni juga. Malah malam tadi rata-rata  menunggu siapakah yang akan menyanyikan lagu ni termasuk saya. 


Subhanallah... Pada permulaan lagu, persembahan Caliph Busker biasa-biasa aja. Baru nak panas... masuk ke rangkap kedua lagu, rasa macam lain... satu perasaan berbeza. Saya menangis, terlampau emosional, terpukau, macam tak percaya. Hebat suara si buta ni. Ya.. Caliph Busker semua buta. Ada 5 orang semuanya. Allah berikan anugerah yang tiada pada orang yang celik macam kita. Semua penonton berdiri. Telinga saya berdengung kuat kerana menangis tak henti ( poyo sangat ). Tak pernah saya beremosi begini. Tak tahu la samada rasa simpati, kagum, sedih...bercampur baur perasaan.  Yang pasti hampir kesemua penonton bangun bagi standing ovation.
Dan sedih rasanya sebab beliau tak dapat tengok semua tu (T_T)....
 

Penyanyi yang bernama Azmi Saat yang menyanyi lagu ini sungguh mengujakan, beliau menyanyi dengan tenang dan berkeyakinan. Dan memenangi persembahan terbaik AJL-29. TETAPI secara keseluruhan, suara si buta tu memang  pukul abis. Itu pendapat saya.


Caliph Baskers memang terus dapat perhatian sampai nama Edry terus trending di twitter. Memang tak dinafikan gabungan usaha dan bakat mampu menjadi senjata penting untuk memukau sesiapa sahaja. Itu strategi yang diketengahkan Edry dalam persembahan memukau demi kelangsungan perniagaan muziknya. Menang persembahan terbaik !!!!

Kumpulan ini juga terkenal di kuala lumpur dan di media youtube, Caliph Busker juga pernah di jemput di pelbagai rancangan tv di Malaysia. Jika anda ingin menyaksikan mereka bermain musik cara live, mereka kerap busking di kawasan SOGO Kuala Lumpur. Boleh tengok kat sini. Dorang ni basking tepi jalan je.





 
**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment