1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh
mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah
peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh
saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu
kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah
bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh
ayahandanya..
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan
tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang
terperangkap di dlm perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh
anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang
ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan
atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang
tidak dapat bertutur dengan sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh
manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar
setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan
serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang
diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran
akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya
terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu
sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal.
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh
saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat
berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang
dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah mewujudkan personaliti yang hebat2 ini
sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan
tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana berhadapan
dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA
AKU?"...
ALHAMDULILLAH UNTUK SEGALA-GALANYA YA RAHMAN..
**ART IS A PASSION**
No comments:
Post a Comment