Assalamualaikum
Entri ni memang panjang..tapi aku rasa baik korang baca sampai abis.
Kita doakan Dato' pon terbaca mengenai tulisan ini..Moga Dato insaf dan memohon maaf pada pihak terbabit... sebelum terlewat..
Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan.
Entri ni memang panjang..tapi aku rasa baik korang baca sampai abis.
Kita doakan Dato' pon terbaca mengenai tulisan ini..Moga Dato insaf dan memohon maaf pada pihak terbabit... sebelum terlewat..
Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan.
Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami. Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Dato’ Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja. Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan. Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Dato’ ini. Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir.
Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang
diaturkan juga ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis atau dengan
notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan
sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progress latihan lagu-lagu
yang diminta untuk dinyanyikan. Lebih dari 4 kali berjanji semuanya
tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti.
Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam
kerana Si Dato’ janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem
cuti sekolah gara-gara acara ini.
Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Dato’ yang memetik nama
Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu
“Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami” dendangan asal Allayarham
Tan Sri P. Ramlee.
Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka
mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk
mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu
mengutip derma, bukan kita. Di dalam benak kami, masih kami berbaik
sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak
kena. Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma. Tetapi kami
lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka
boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan
kerana kami meminta-minta.
Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan
latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer,
mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa,
kesemuanya dibatalkan tanpa notis.
Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa
hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu
Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana
beliau tidak dapat hadir. Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit
tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama.
Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami
tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang
tidak ditepati oleh munafik ini.
PADA PETANG SEBELUM MAJLIS
Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra
DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 ptg. Itupun tertangguh
lagi. Lagu “Ampuni kami” yang awalnya diminta Tuanku telah dibatalkan.
Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum
bersedia untuk beristighfar lagi agaknya. Lagu “Tema Yayasan” bernada
tinggi yang telah membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut
dibatalkan.
Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”. Itu pun di’trimmed’ menjadi 3++
minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak.
Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji
untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami
diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa. Mereka sibuk melatih Jamal
Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India.
Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih.
Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih
dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi? Lagu diubah senikata, nada
dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya. Akhirnya
dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah
mikrofon pun mereka tak beri.
Si Dato’ menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan
persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan. Makan
pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah
disediakan. Dato’ juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di
barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan. Anak-anak ini akan
diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu. Nama majlis itu sendiri adalah
untuk meraikan anak-anak yatim kononnya.
Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk
mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol
pada jam 1 petang. Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi
masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai
protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu
saja..!
Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana. Pada ketika ini,
kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Dato’ yang menjadi
individu pengatur kami di sana gagal dihubungi. Telefon tidak berangkat,
mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul
pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan
bergelimpangan atas lantai tepi tandas. Anak-anak diberikan satu rakaman
dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan
senikata semua kena ubah semula.
Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada
rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja. Dengan Dato’ masih terus
gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini
menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom
yang mewah. Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel
kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga
tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi
gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk
waktu rehearsal yang BARU.
Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami
35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30
petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk
di bawa ke tempat lain. Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari
bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’.
Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial remaja yang
macam “sial” lucahnya. Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua
Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat
yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?
Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai.
Lebih
memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga
Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang
berjaya. Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada
beliau. Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta
yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan
Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi “co-founder” yang
lainnya.
Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan
dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu. Salah seorang
dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta
dalam program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan
hati begitulah juga. Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan
prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk
yang sedang berlaku ketika itu.
Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang
kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi
gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan
ataupun belum. Perut anak-anak sudah berkeroncong. Pengiring dewasa
menahan lapar, sedikit bekalan roti dan susu diberi pada anak-anak untuk
alas perut. Setelah pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak
nampak muka dari pagi, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari
makanan luar.
Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk
mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak.
Dalam menunggu makanan dibeli, Dato’ dari Yayasan itu tiba-tiba muncul.
Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada
anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke
belum? Dah dapat bilik ke belum?. Beliau hanya memeriksa apa yang beliau
rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh
sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas
dilihat terbaring keletihan di lantai penjuru dinding itu.
Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak
mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30
petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan
bermula jam 6 petang. Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil
keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain
cukup alas perut makanan yang telah dibeli.
Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya
memikirkan tentang ‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan
perasaan orang lain. Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin
malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan
co-founder, sampai kami pulang.
KONFLIK REHEARSAL
Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir dibatalkan
kerana kesuntukan masa. Mereka dahulukan latihan seorang anak India,
Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar. Dengan tegas kami katakan kami
dipanggil untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung. Kami akan
tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami
untuk membuat persembahan tanpa latihan. Akhirnya anak-anak diberi
peluang untuk mencuba.
Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun Cuma sekali. Padahal anak-anak
ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami
yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak
langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka
yang sedang tidur itu. Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan
sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit
aura.
Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan bersungguh
sungguh. Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan Raja. Atas
alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh
walaupun tidak dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di
hotel pagi itu. Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah
tinggalkan sahaja majlis itu.
MALAM MAJLIS
Kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan,
asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa?
Mereka juga pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi
dinding HUJUNG dewan. Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2
sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami
di sebelah dapur. Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama. Menu
makanan yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang
sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah “makanan gorengan mudah”
dan tidak ditambah apabila habis.
Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah. Seorang
sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. Tetapi kami sempat jeling
meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak
berbaki. Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya mengatakan masih
lapar. Sebak kami mendengarnya kerana mereka juga senasib dengan kami
dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan anak-anak kami. Malang bagi
mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela.
Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan
seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula. Anak-anak kami yang diletak di
belakang asyik bertanya..>
“Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu? pakai
tudung tapi dada terbelah begitu? Boleh ke pakai sopan tapi kain
terbelah sehingga ke pangkal paha? Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di
belakang?”… Kenapa tinggalkan solat?
Dan macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak
kami. Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik dan mana yang
buruk. Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua Agama
Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian secara
jahilliyah.
Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai
program dengan mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN.
Hati kami terdetik, di manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut
dengan tarian kebudayaan dan sepanjang aturcara sehingga pulang tiada
langsung doa dibacakan. Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana
berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama lain.
Di dalam ucapan Dato’ Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak
Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program
sepanjang tahun yang lalu. Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam
program yang singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang
paling besar sahaja. Antara program yang dinyatakan ialah seperti;
1. Lawatan ke rumah anak yatim
2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim
3. Sunat beramai-ramai (50 orang)
Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami
sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga
berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan
belanja lebih dari RM100,000. Jika di”lajak”kan sekalipun mungkin boleh
cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi. Kami tak
mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu
persoalan di sini.
Dalam ucapan Dato’ Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang
anak-anak yatim. Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak
yatim. Namun bagi kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada
meninggikan suara kepada anak-anak yatim. Apabila hak asas mereka
mendapat makanan itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu
herdikan halal seorang guru kepada muridnya. Kedudukan meja VVIP yatim,
Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari
yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat. Yang
paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim
semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa.
Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan
usaha dengan cara berpuasa.
Semua co-founder mengeluarkan dana dan
tenaga sendiri mentadbir rumah ini. Mungkin pada malam itu, sebahagian
pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka
yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin
tidak Nampak, Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan
RPWP sebaliknya terus menjadi fakir. Begitu juga co-founder yang lain.
Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma
untuk menjalankan program harian kami.
Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak yatim di
bawah naungan mereka. Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan
dan dengan itu ucapan Dato’ Wira boleh memberikan highlight kepada
Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak
yatim. Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan
penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin
diminta berkata begitu.
Jelas kami dah faham. Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak / kurang
memiliki atau menjaga anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada
laman web yang aktif dengan facebook yang baru 300 likes membuat makan
malam dengan menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi
mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang banyak.
Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi
yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu “minta sedekah” dan
langsung diletak di hujung dewan
TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan
yang sudi menjengah meja-meja yang “Kononnya VVIP” itu. Kehadiran
anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen bagi penganjur
mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati penderma untuk
menderma lagi.
Operasi kami memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi
residen berbeza sekali. Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos
pembinaan, makanan berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik. Prasarana
asas yang memadai yang kami bina sendiri secara gotong royong lebih
dari 8 tahun lalu. Belanja bulanan kami hanya sekitar RM35,000-45,000
sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup. Jika dihitung selama 1 tahun, kos
operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja. Semuanya berkat infaq dan
hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya.
Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami,
BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma.
INILAH
JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turutserta dalam program malam
amal setelah bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain
untuk menggunakan Nama kami untuk tujuan ini. Dan apa saja penyelewengan
yang kami bimbangkan jelas terjadi pada kali pertama ini juga.
Sila ikuti beberapa klip video sebagai pengesahan berita.
JANGAN CEMARI INSTITUSI BERAJA
Kami kecewa dengan apa yang berlaku. Kami pasti Tuanku Permaisuri Agong
juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir. Kami
pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara
ini bagi pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup. Maka,
artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang
lain-lain.
Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini
kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya
dalam rencana terbuka sebegini setelah si Dato' yang berjanji untuk
datang sendiri itu gagal menemui kami memberikan penjelasan hingga saat
ini.
Sebelum ini kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia
yang anak-anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya
mereka daif. Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia
diharamkan. Rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini
adalah satu scam berprofil tinggi. Pengutipan derma untuk anak yatim
tanpa ada anak yatimnya.
Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika nama raja yang menyayangi
anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk kepentingan segolongan
manusia. Jauh sekali dengan sebarang niat untuk merendahkan Institusi
Raja yang kami sendiri doakan dalam majlis itu dan dalam banyak artikel
kami sebelum ini.
http://prihatin.net.my/v3/2013/08/16/sains-fatihah-4/
http://prihatin.net.my/v3/2013/07/05/fenomena-mengutuk-pemimpin-bukan-ajaran-islam/
http://prihatin.net.my/v3/2013/08/07/doa-buat-pm-idea-penyatuan-menurut-al-quran/
http://prihatin.net.my/v3/2013/07/05/fenomena-mengutuk-pemimpin-bukan-ajaran-islam/
http://prihatin.net.my/v3/2013/08/07/doa-buat-pm-idea-penyatuan-menurut-al-quran/
Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami.
Banyak lagi urusan kami yang lain untuk anak-anak ini. Cukuplah kisah
ini diambil pelajarannya oleh masyarakat. Para pengasas tidak hairan
dengan makanan dan bilik hotel. Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak
kami SANGAT KAMI TIDAK RELA.! Kerana kami sayang mereka, kami tatang
mereka macam minyak yang SANGAT penuh.
Alhamdulillah bersyukur beberapa anak dapat buahtangan angpau RM100
seorang dan kuih raya yang kami tidak tahu bila tarikh luputnya kerana
bungkusan itu bertulis SELAMAT HARIRAYA 2013.
WARGA PRIHATIN
http://prihatin.net.my
http://prihatin.net.my
**X BAIK menggunakan anak yatim ... (T_T)**
No comments:
Post a Comment