Monday, December 23, 2013

Izzue Islam

Assalamualaikum

Masa tengok Maharaja Lawak Mega 2013, suka bebeno kumpulan SYJ sebut nama Izzue Islam nih. Aku terpanggil la nak buat post pasal pelakon nih.. Mukanya baby face n pada aku dia boleh la bawa watak-watak kelakar... walaupun aku tak berapa nak sempat nak tengok citer Sebenarnya Saya Isteri Dia tu..  Ruapnya dia ni penyanyi jugak yer..kumpulan Forteen tu aku macam pernah dengar, tapi tak tahu lansung sape ahli n lagu dorang ( remaja purba kan..aku dengan IKIM FM je sekarang ..batuk la tu )

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam, 23, mendedahkan pernah hidup merempat semata-mata untuk mengejar impiannya bergelar seorang artis.

Izzue berkata, semasa berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2009, dia bersama rakan-rakannya sanggup tinggal di kedai ‘bundle di Kelana Jaya, Selangor sebelum meneruskan hidup.
“Memang empat tahun lalu, kehidupan saya tak semudah sekarang. Dari kampung saya di Kelantan, saya berhijrah ke ibu kita dan pernah merasai hidup di jalanan bagi mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni.
“Alhamdulillah, kesukaran itu telah memberi pengalaman buat saya untuk menjadi seorang insan yang lebih bagus dan tidak riak, Insya-Allah,” katanya.
Tambah Izzue, walaupun hidupnya semakin teratur bersama kumpulan, Forteen, dia masih lagi mengamalkan cara hidup yang diamalkan sebelum ini iaitu tidur tanpa alas tilam.

“Memang sampai sekarang saya tidur tanpa tilam dan hanya beralaskan kain biasa sahaja. Diharap, dengan kesusahan lalu dapat mengajar saya untuk terus berusaha menjadi anak seni yang berjaya Insya-Allah,” katanya.
Gambar Izzue Islam
Gambar Izzue Islam


Biodata Izzue Islam
Nama : Muhammad Izzul Islam Mazlan
Nama Panggilan : Izzue Islam
Umur : 23 tahun
Tarikh Lahir : 2 Jun 1990
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Pendidikan : SPM
Hobi : Skateboarding dan Jamming
**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment