Tuesday, December 10, 2013

Gaji permulaan tinggi Untuk Penjawat Awam Berkelulusan PhD & Sarjana

Assalamualaikum

Terkejut dengar berita malam tadi.. Sape ade Master N PhD akan dapat gaji naik... Ermm
Baca sekali lalu macam best....baik sangat kerajaan kita nak bagi gaji naik tapi pangkat tak naik...rupa-rupanya tak..

Gaji permulaan tinggi ni untuk sapa yang mula2 masuk keje gomen. Yang sedang bekerja dan masih belum confirm pon layak dapat gaji permulaan tinggi.

Macam aku ni... dah sah jawatan F32, pastu kononnya naik F41 n ada master tapi jawatan F41 masih di gred lantikan dan masih belum sah jawatan tersebut...layak la dapat gaji permulaan tinggi (hadiah kenaikan gaji) ....kalau aku dah confirm jawatan tu..pastu baru nak gi sambung master...takde de dapat gaji permulaan tinggi tu..ada faham kaa adik manis..terpakai jugak untuk PhD..selagi tak tersenarai dalam 33 skim termasuk pensyarah, pegawai teknologi maklumat, pegawai tadbir diplomatik dan lain-lain..maka kalau korang masih taraf penolong pegawai yang ada master / PhD jangan mimpi la nak dapat hadiah kenaikan gaji.

Tapi sape yang rajin tu sambung la belajar...ada je hikmah  kan...
Aku baru je pas abis sambung degree.. looking forward untuk sambung master n PhD ..insya allah..

Kita baca petikan akhbar  yer..

Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.
Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.

Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan. - BERNAMA


**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment