Ujian Allah SWT tak terduga...
Allah SWT bagi ujian sebab sayang pada hambaNya.
Dahulu, seorang sahabat Nabi, ketika ujian tidak ditimpakan kepadanya, dia berasa gundah dan sedih, soalan yang sama diulang-ulang : Apakah Allah telah lupa kepadaku?
Sekarang my gentle readers ,
Allah menguji tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada ummat terdahulu.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Zainab puteri Rasulullah yang terpaksa memilih antara suami yang masih jahiliyyah atau ayah tercinta.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah, dijemur, diseksa, dihempap batu.
Bercerita pasal ujian ni kan...semalam ...dari pagi aku telah diuji.. Pagi-pagi lagi dah dapat panggilan dari suami @ BFF kereta suwara ( iswara + subaru ( nak beli mahal woo ) breakdown ont the way ke tempat kerja. Jadi sebagai isteri mithali ( konon) lepas siap-siap kan kerja lebih kurang dan terus pecut ke Kajang untuk bagi bantuan. Alhamdulillah..tiba di sana Encik Mekanik sudah ada. Bakal terbang ratus-ratus nih.. Gaji 25 september...jauh lagi tarikh tu... Kerosakan nya ialah bateri sudah kong...dan timing belt perlu diganti... kopak-kopak... Lepas kena jumper dengan keta mekanik...terus bawa suwara ke bengkel...dah setel..Sampai kul 1 juga...bengkel penuh dengan kereta rosak akibat banjir kilat sehari sebelum tuh... BFF saya teruskan perjuangan ke tempat kerja..
Setel suwara...bergegas ke sekolah amik anak sulung...bergegas ke tadika amik adiknya pula..Masa tu tengok si adik dah lain macam...lesu sahaja.. Siapkan si abang hantar ke sekolah untuk KAFA... dah lewat dan penat...n dah lebih 2 jam..so sms bos..EL hari ini...
Malam ke kelas....sampai kul 10.30 malam tiba dirumah..anak-anak semua sudah tidur..keletihan...Si ayah leka main PS2.... Kemudian..ujian ku bermula lagi..sob..sob..sob... Adik muntah ...abis toto ( aku buang je toto tu ..tak kuasa nak basuh dah )...selimut ,sarung bantal...langsir pon kene muntah...Adoi..penat seharian tak ilang...baru nak tido kene setel pasal muntah...Aisyah start muntah dalam kul 11 malam...sampai 6 pagi...sampai dah takde ape yang kuar... lembik budak tu..termasuk ibunya ..tak cukup tidur...dah la mata kuyu...bertambah layu....
Hari ni ayahnya cuti...bawa Aisyah ke klinik...Aku pula teruskan cari rejeki...keroje..keroje..keroje...ngantukkk ...ZZZZZ
Sekian ujian semalam.... Aku redho
Aku baru perasaan kete kodok putih aku tu kene langgar...abis calar..lekat lagi kaler kereta yang langgar tu kat bumper.... waaa...naper ko langgar kereta aku..sayang woooo...kodok tu baru je beli...baru je 2 tahun.....abis cat putih dia dah campur purple....
Ujian lagi.... aku redho...
Ampun kan dosa ku Ya Allah SWT....
Engkau maha mengetahui..
Sabda baginda:
"Allah membenci orang yang lemah, tetapi apabila tewas dalam suatu urusan kamu berkata: Bahagianku telah ditentukan oleh Allah."
Berusaha dan berusahalah dengan bersungguh, pilihlah takdir yang kita
mahu... sehingga di pengakhiran usaha, ada sesuatu yang kita dapat
setelah berusaha, barulah berkata : inilah yang telah ditentukan Allah
buatku.Tanya pada diri, apa usaha kita, dan jangan asyik berkata "Ala,dah takdir.."
Jadilah kuat. Islam itu hebat, maka mari jadi hebat untuk Islam.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd :11)
Berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah ; berusaha dengan apa yang
kamu termampu dan berserah dengan kekuasaan Allah. Bekerjalah tanpa
putus asa.(Ar-Ra'd :11)
**ART IS A PASSION**
No comments:
Post a Comment