Thursday, September 20, 2012

Contoh SoalanTemuduga F29- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Peperiksaan memasuki perkhidmatan awam penolong pegawai teknologi maklumat F29.


Ada sahabat yang bertanya samada saya mempunyai contoh soalan bagi peperiksaan yang akan di jalankan pada 29 september 2012 nanti.Jadi setelah mencari saya dapati ada beberapa contoh yang boleh dijadikan batu pengukur untuk peperiksaan.

Untuk makluman jawatan sebelum ini pada tahun 2010 tidak ada peperiksaan yang dijalankan.Mungkin JPA telah menaiktaraf syarat pengambilan penjawat Awam menjadi lebih ketat.

PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN
 
Pendahuluan
 
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F29.

Peperiksaan ini melibatkan tiga kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik.
Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.
 
Panduan Umum
 
1. Pada hari Peperiksaan calon hendaklah membawa
 
(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
(ii) Kad Pengenalan.
(iii)Pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
(iv) Peralatan lain yang difikir perlu.
 
2. Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan tiga puluh minit sebelum peperiksaan dimulakan.
 
3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.
 
4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh minit selepas peperiksaaan dimulakan.
 
6. Jawapan hendaklah dibuat dalam
(i) Kertas OMR – bagi Seksyen A dan B
(ii) Kertas Jawapan Esei – bagi Seksyen C
 
7. No. Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
 
8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.
 
9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
 
10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.
 
Sukatan Peperiksaan
 
Peperiksaan ini mengadungi dua seksyen iaitu:
 
(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
 
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50
 
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan isu semasa. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan dalam bidang ICT yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma di dalam bidang tersebut.
 
Contoh Soalan Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling
1. Trojan Horse adalah sejenis
A. rootkit.
B. adware.
C. worm.
D. malware.
 
JAWAPAN : D
 
2. Kapsul sayuz TMA-10 yang membawa bersama-sama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan angkasawan Rusia mendarat di
A. Arkyik.
B. Marshall.
C. Baikonur.
D. Cosmodrome.
 
JAWAPAN : A
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
 
Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40
 
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;
 
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.
 
Contoh Soalan Kemahiran Logik
1. Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk mendapat kad bertanda A?
SATUMALAYSIA
A. 5/12
B. 2/6
C. 1/4
D. 1/3
Jawapan: D
 
Teknik menjawab
Jumlah semua kad = 12 keping Jumlah kad bertanda A = 4 keping Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12 = 1/3
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
 
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.
 
Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk semua calon.
Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).
Contoh Soalan Konsep Matematik
1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan: A
Panduan Menjawab Soalan

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif

(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)

(a)Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi semua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 adalah lebih baik.

“Selamat Maju Jaya”
Bahagian Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


Kami sekadar berkongsi kepada para bakal penjawat awam, jalankan tugas anda dengan penuh

P/S : Untuk contoh soalan yang lebih lengkap, please tinggalkan email anda .saya akan emel pada anda :D

**ART IS A PASSION**

30 comments:

Aida Azryn said...

boleh tak saya nak soalan lengkap? ni email saya---> aszreena_cutey89@yahoo.com

keynna said...

dear sis..boleh x emailkan saya tentang soalan exam pptm ni selengkapnya...huhu..exam 29/9 ni..hope sis boleh tlg ye...
ni email saya
akeynna_07@yahoo.com..
thanks sis ats bntuan kamu....:)

Emylia mustafa said...

assalamualaikum..sy nk mintk tlg..boleh tlg emailkan soalan2..
ni email sy
emyliamustafa@gmail.com
sy pn ada exam jgk 29.9 ni.. terima kasih kerana sudi menolong.. ;)

rita aznita said...

assalamualaikum sis..sy nak soalan lengkap bole ini email sy ritaznita@yahoo.com

thanks 4 sharing

spaM said...

Salam, lagi dua hari nak exam. boleh tlg email kan kpd saya soalan lengkap? TQ for ur help sis.

jmhaniff@gmail.com

Anonymous said...

salam sis ne email saya : n_haiza86@yahoo.com.my tlg email soalan lengkap k..ne kali pertama saya nak amik exam.thanks

Anonymous said...

sya pun exam 29 nie boleh tak saya nak soalan lengkap? ni email saya. syalyn_13@yahoo.com.au thanks

Anonymous said...

hi..sye nk jgak bleh.. putriey_shiera@ymail.com

plz help me..~_^

Anonymous said...

Salam.. :) saya nak soalan yang lengkap...boleh hantar kt email saya... ni email saya....terima kasih ---> napster090@gmail.com

Anonymous said...

salam sis,nk tny assesment centre tu camner?ujian gak kew?leh trgkn detail x?sy da lulus ujian brtulis..cm tggu srt utk assesment centre..tp xbrp fhm ttg assesmnt cntre tu cmne..tp sy utk jwtn pen peg hal ehwal islam...pls tlg jlskan..ni email sy enis_azwani@yahoo.com

CARANX Fishing Team said...

Salam sis... sy pun nak dptkan soalan lengkap.. sy ada exam utk SPA..16hb april 13...
Ni email sy : norazuan.s@gmail.com

Asmady Mohd said...

saya pun...adywira78@yahoo.com.sg

Asmady Mohd said...

saya nk exam 27 julai 2013..kalau blh tlg emailkan sebelum..tqvm allah sahaja yang membalasnya..

Anonymous said...

salam kak, sya pn akan sit exam 27/07 nih.. tlg emailkan soalan2 tu.. time kaseh byk semoga Allah mmurahkan rezki akak sbb sudi bkongsi ilmu.. amin dr_mzlinda@yahoo.com

mimi said...

sis emailkn pd sy.. mi2_amidala@yahoo.com hnya allah dpt mbls jasa baik sis..

Anonymous said...

Salam..minta tolong jikalau boleh emailkan ke saya contoh soalan yang lengkap..terima kasih dan saya hargai pertolongan anda...syukran jazilan jazakAllahu khairan kathirah..email r3dzuan@gmail.com

Amanina Mads said...

Assalam..

sy nk minta tlg akak kalau boleh emailkan sy contoh soalan2 exam. sy akan menduduki exam 8 mac ni.

ini email sy amaninamads@ymail.com, terima kasih byk2, semoga ilmu akak dpt digunakan :)

Umy Syiffa said...

Salam,
Minta sis email kn saya contoh soalan terkini untuk jawatan PPTM 2014.
Email :

umysyiffa85@gmail.com

Hanya Allah sahaja dapat membalas!!

Anonymous said...

As Salam sis boleh tak sis email kan maklumat penuh untuk jawatan pen.peg.teknologi maklumat ni sbb saya exam 8.3.2014 ni..
ni email saya shahirazaiman89@yahoo.com..
tq sis...

Popo bigbos said...

Assalam sis bleh tak email..cnah88@gmail.com

indran satu hati said...

sy nk minta tlg akak kalau boleh emailkan sy contoh soalan2 exam. sy akan menduduki exam 8 mac ni.

ini email sy indran7077@gmail.com, terima kasih byk2, semoga ilmu akak dpt digunakan :)

indran satu hati said...

maafkan tadi silap hantar email
sy nk minta tlg akak kalau boleh emailkan sy contoh soalan2 exam. sy akan menduduki exam 8 mac ni.

ini email sy indranv7077@gmail.com, terima kasih byk2, semoga ilmu akak dpt digunakan :)

Anonymous said...

sis sye pn nak jugak soalan yg lengkap virgo_ika87@yahoo.com tq sis

Zack Keldai said...

boleh emailkan saya contoh2 soalan peperiksaan pptm f29.. email sy halimsuhaimi.tj4@gmail.com

cici caca said...

assalamualaikum...minta jasa baik utuk emailkan contoh-contoh soalan lengkap untuk jawatan penolong pegawai teknologi maklumat f29irwansyahishak@gmail.com
tq

Anonymous said...

hai sis boleh email kan soalan lengkap untuk pptm nie ke mizah_alias88@yahoo.com..jasa anda amatlah di hargai sis...

Anonymous said...

SALAM.

Mohon jasa baik puan untuk emailkan contoh-contoh soalan lengkap untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ke email babyrith@yahoo.com.my & azuahadie@yahoo.com.my.

Tq :)

yn@ H@rry said...

salam sis,
minta emailkn soalan lengkap pptm ke w.safinaz@gmail.com
please...3

Anonymous said...

assalamualaikum..sy nk mintk tlg..boleh tlg emailkan soalan2..
ni email sy
emysha04@yahoo.com
sy pn ada exam jgk 8/3/14 ni.. terima kasih kerana sudi menolong.. ;)

Norzawani Mukhtar said...

assalamaulaikum...
boleh saya dapatkan contoh soalan yang lengkap...memandangkan masa yang tehat kerana esok adalah hari pepriksaan saya sy berharap en dapat menghantar contoh soalan-soalan sebagai panduan sy study..

email saya : norzawanimukhtar@gmail.com