Tuesday, October 18, 2011

BAJET 2012 - Gaji Kakitangan Awam 2012

Saya rasa ramai kakitangan awam atau lebih tepat penjawat awam termasuk diri aku sendiri dah tak sabar-sabar nak tahu berapakah kenaikan gaji yang diwar-warkan dalam bajet 2012.

Okey, ini hanya pengiraan yang aku buat berdasarkan apa yang PM umumkan dalam Bajet 2012. Mungkin betul atau salah anda sendiri nilaikan.

Mari kita perhatikan tangga gaji penjawat awam sekarang ini. Saya ambil contoh DH41

Perhatikan perbezaan T2 (tangga kedua) dan T1 (tangga pertama)

Ini bermakna

Perbezaan setiap tangga = T2 – T1

Perbezaan setiap tangga = RM 1786.30 – RM 1695.85 = RM 90.45

Merujuk kepada ucapan PM dibawah, setiap penjawat awam akan menerima kenaikan sehingga 39% dari tangga gaji mereka.

Ini bermakna RM 90.45 X 39% = RM35.28

kemudian di campur semula dengan kenaikan lama, maka kenaikan tahunan yang baru mungkin berjumlah

Kenaikan baru = Kenaikan tahunan + Peratus kenaikan

Kenaikan baru = RM 90.45 + RM 35.28 = RM 125.73

Maka pada tangga T2 yang baharu ialah RM 1695.85 + RM 125.73 = RM 1821.58,

Mari kita perhatikan ayat ini pulak

Faedah kenaikan gaji yang bakal diperolehi adalah dari 7% ~ 13%.

Mari kita kira yang ini

Peratus sebenar kenaikan = [(T2 baharu - T2 yang lama) / T2 lama] X 100%

Peratus sebenar kenaikan = [(RM 1821.58 - RM 1695.85) / RM 1695.85] X 100%

Peratus sebenar kenaikan = 7% sahaja… so sama lah dengan pernyataan keempat diatas

Ini hanya lah pengiraan sahaja dan tidak semestinya tepat. Apa yg penting sama-samalah kita tunggu pekeliling baru dari JPA nanti…

dipetik dari blog http://matkedah.com/blog/2011/10/14/pengiraan-kenaikan-gaji-penjawat-awam-2012/

**ART IS A PASSION**

2 comments:

  1. Tula kan baik takyah naik. Orang kedai dengar je gaji gomen naik, trus plak nail harga. Tak kiralah naik walau seposen pun. Yang susah sapa? Orang gomen tu jugak. Tapi yang paling susah lagik sapa? Orang swasta yang tak naik pun walau seposen ni. Kesimpulannya gila tak relevan kenaikkan gaji ni.

    ReplyDelete
  2. erm...nak buat caner...kita ni rakyat jer..naik gaji ciput...bile gomen naik gaji umum dalam tv...barang naik harga...dapat bonus 1/2 bulan pon.. barang bole naik harga...
    yang swasta plak, well establish company ble bagi gaji n bonus kaw2...tapi kesian gak kat yang takde kenaikan...naya jugak..
    jadual gaji tu just kira2...kita tunggu je la gomen kuarkan pekeliling nanti..tapi memang naik sket jer....arghhhh

    ReplyDelete