Thursday, September 29, 2011

Pengakuan Dahlia Teck tentang hubungannya dengan Khairul Fahmi


Pengakuan Dahlia Teck tentang hubungannya dengan Khairul Fahmi
Menurut sumber dari blog "Ahkak Puaka", ada mendedahkan tentang gosip kontroversi antara Khairul Fahmi, Dalia Teck, Shida dan beberapa individu yang lain. Juga diperkatakan, Dalia Teck memakai susuk untuk memikat Khairul Fahmi. Yeke? Macam filem hantu bonceng pulak bila Aliff Cullen dengar. Apa celop tok!? Dalam isu pulak, Dalia Teck mengambil sikap berdiam diri dan menganggap isu seperti ini sengaja diwar-warkan.


Dalia Teck mengakui yang banyak nombor telefon tidak dikenali yang menelefonnya sejak timbulnya isu ini, Dalia memberitahu dia tidak menjawab langsung , kerana menurutnya “bukan apa, saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, dan saya bukan siapa-siapa pun untuk mengeluarkan kenyataan.”

Digelar dengan pelbagai gelaran kurang sopan dan dituduh menggunakan susuk dan guna-guna untuk memikat Fahmi, Dalia langsung tidak membalas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepadanya.

“Saya lihat ramai individu yang tidak saya kenali membersihkan nama Khairul Fahmi, dan dia sangat berterima kasih untuk itu. Macam sekarang ramai orang tidak suka saya, saya terima asalkan mereka tidak membenci Fahmi. Fahmi memerlukan orang ramai menyokongnya supaya dia terus memberikan persembahan terbaik di padang, bukan mencaci dia kerana hal-hal peribadi. Saya berasa kasihan padanya.”

Jadi siapa Dalia dalam hidup Khairul Fahmi?

“Saya dan Khairul Fahmi sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” jawabnya, “malah apabila dilemparkan pelbagai tuduhan dan beberapa gosip membuatkan kami lebih kerap berhubung. Kami makin rapat selepas pelbagai pertuduhan dan perkataan kurang sopan yang dikeluarkan kepada saya oleh individu-individu tertentu. ”

Khairul Fahmi juga pernah mengeluarkan kenyataan yang Dalia ialah tempat dia mengadu masalah sebelum ini.

“Saya tak nak masuk campur dalam hal Elia dan Fahmi. Yang pasti Fahmi sendiri menyatakan yang dia ada banyak sebab yang membuatkan dia nekad untuk memutuskan pertunangan. Fahmi bukan jenis yang bercerita hal peribadi dia , saya dah lama berkawan dengan dia pun dia susah hendak bercerita tetapi bila keadaan menjadi semakin teruk, dan blog Ahkak Puaka diwujudkan, menyebabkan Fahmi mengadu semua kepada saya. Dan itu satu faktor yang membuat kami lebih rapat. Kami sendiri pun terkejut macam mana Ahkak Puaka dapat tahu tentang semua itu. Mungkin salah seorang ahli keluarga terdekat atau kawan Fahmi atau Elia,” tambah Dalia lagi panjang lebar.

Jadi apa yang sebenarnya berlaku selepas keputusan untuk memutuskan pertunangan telah menjadkan hubungan Dahlia dan Khairul Fahmi bertukar status kepada istimewa.

Bagi i, kehidupan ini bagaikan roda. sekejap di atas, sekejap di bawah. Jodoh juga ditangan tuhan. So, berdoalah agar semuanya akan selesai. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Kepada apek juga, diharap dapat menangani isu ini dengan bijak, dan jangan mencampuradukkan hal peribadi dengan tugas sebagai penjaga goal Malaysia sehingga prestasi merudum. Semoga komited dalam menjalankan tugas sebagai wira negara

Betul la kata pepatah ..pasir kat pantai lagikan berubah ini kan pula hati manusia...
**ART IS A PASSION**

2 comments:

  1. eleh.. si dahlia teck ni.. yoyo o je ko nih.. ko ingat ko artis ke.. guna ayat dalam 'proses mengenal hati budi masing2'.. eh.. ayat nih dah basi lahh... semua org dah tak percaya dengan ayat2 mcm nih.. kalau dah bercinta tu ckp jelah.. bila dah kuar mcm2 kenyataan.. baru mengelabah biawak.. sengal.. nampak sangat spesis perempuan murahan. sekarang blh la ckp ko tempat luahan maslah si KF tuh.. ek ko dah lupa ker.. masa si KF tu dgn elia pun sama.. eleh dah nama player tu player jugak.. ko tu yg sengal dok agung-agungkan si KF tuh.. ko inagt si KF tu bagus sgt ker.. harap performance bagus sbg penjaga gol je la.. yg lain hampesss.. elok le korang dua2.. dah sah sama spesis.. memang kena sangat la tuh.. betul cakap ko.. hidup umpama roda.. lepas nih.. ko plak kena lenyek dgn si KF tu.. padan muka ko.. muka tak lah cantik sgt..

    ReplyDelete
  2. mengenali hati budi masing2 tu ayat trademark org2 glemer sekarang..
    Allah tu Maha Adil...sok dorang terima la balasan masing2 kan..

    ReplyDelete