Saturday, September 24, 2011

Masuk Islam Kerana Al Quran Part 2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Daripada terbengkalai blog ini tanpa dikemaskini, molek saya kongsi dengan cerita menarik ini mengenai seorang profesor dari Thailand memeluk Islam kerana Al Quran.( Saya ada juga terbaca mengenai beliau dalam Majalah Solusi )

Terbukanya tabir hati ahli farmakologi Thailand Profesor Tajaten Tahasen, Dekan Fakulti Farmasi Universiti Chiang Mai Thailand, baru-baru ini menyatakan diri masuk Islam saat membaca makalah Profesor Keith Moore dari Amerika. Keith Moore adalah ahli Embriologi terkemuka dari Kanada yang mengutip surat An-Nisa ayat 56 yang menjelaskan bahwa luka terbakar yang cukup dalam tidak menimbulkan sakit kerana hujung-hujung saraf sensorik sudah hilang. Setelah pulang ke Thailand Tajaten menjelaskan penemuannya kepada mahasiswanya, akhirnya mahasiswanya sebanyak 5 orang menyatakan diri masuk Islam.

Petikan dari surat An-Nisa’ tersebut antara lain sebagai berikut;”Sesungguhnya orang-orang kafir terhadap ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka terbakar hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain agar mereka merasakan pedihnya azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Ditinjau secara anatomi lapisan kulit kita terdiri atas 3 lapisan global iaitu; Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan Sub Cutis banyak mengandung hujung-hujung pembuluh darah dan saraf. Pada saat terjadi Combustio grade III (luka terbakar yang telah menembusi sub cutis) salah satu tandanya iaitu hilangnya rasa pedih dari pesakit . Hal ini disebabkan kerana sudah tidak berfungsinya hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent yang mengatur sensasi persepsi. Itulah sebabnya Allah menumbuhkan kembali kulit yang rosak pada saat ia menyiksa hambaNya yang kafir supaya hambaNya tersebut dapat merasakan pedihnya azab Allah tersebut.


Profesor Tajaten Tahasen

Mahabesar Allah yang telah menyisipkan firman-firman-Nya dan informasi sebahagian kebesaran-Nya lewat sel tubuh, kromosom, pembuluh darah, pembuluh saraf dsb. Rabbana makhalqta hada batila, Ya…Allah tidak ada sedikit pun yang engkau ciptakan itu sia-sia.

**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment