Monday, March 21, 2011

Kenapa saya panggil abah

Salam

Ada lebih kurang 4 hari lagi sebelum abah menjalani pembedahan kedua. Menurut maksu usus besar abah bengkak dan menyebabkan najis abah terkumpul. Hal ini menyebabkan abah berasa tidak selesa dengan keadaan perutnya. Abah kata perut nya keras dan senak. Sehingga entri ini ditulis, abah masih berkeadaan sedemikian...abah kadangkala tak mampu lagi mengawal hajat nya lagi. Kalau dulu abah masih mampu, kali ini ianya berlaku tanpa disedari terutamanya apabila dia sedang tidur. Kasihan abah..

Jumaat lepas abah masuk hospital lagi...Pukul 2 pagi abah di bawa ke hospital. Abah susah nak kencing pula. Maksu bergegas bawa abah ke kecemasan dan abah ditahan lagi. Pemeriksaan mendapati kelenjar prostat abah ada masalah. Adoi! Lepas satu , satu masalah lagi timbul.

Kenapa saya panggil abah..kenapa tidak panggil atuk?
Sejak kecil saya dipelihara dan dibesarkan oleh atuk dan opah ( sebelah ayah). Setelah papa dan mak ( tidak pernah lansung saya mengenalinya ) membawa haluan masing-masing saya menumpang kasih sayang mereka. Makcik dan pakcik ( anak-anak atuk & opah ) dianggap seperti adik beradik saya. Beza umur saya dengan anak atuk paling bongsu iaitu maksu saya adalah 15 tahun. Saya paling rapat dengan maksu dan angah. Oh ya atuk ada 9 orang anak. Papa merupakan anak kedua. Anak sulung atuk , Paklong telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 13 Ogos 2006. Saya juga rapat dengan Paklong.

Kehidupan semasa kecil tidak begitu indah. Banyak lagi cerita suka duka yang saya sudah buang jauh-jauh di sudut hati yang paling dalam.Setiap perkara yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya. Perkara-perkara tersebutlah yang menyebabkan siapa saya sekarang..to be continued...


**ART IS A PASSION**

4 comments:

  1. sabar je lah nat..penyakit dlm perut n sewaktu dgnnye sgt bahaya sekrg..nenek aku br je meninggal sb kanser perut..dia suffer 2 thn ..mintak2 abah ko d jauhkan dr penyakit kanser,..semoga dia sihat sepenuhnya.

    ReplyDelete
  2. u've been tag bebeh : http://odisiaurora.blogspot.com/2011/04/one-lovely-blog-award.html

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Intan...anakanda@adinda ku sayang. Paklang terima sms kamu menyatakan Paksu keluar wad pada 25hb Feb 2011. Klau ikut tarikh post kamu ini. Paksu masuk wad balik ye...? Paklang belum berkesempatan pulang ke Ipoh tapi doa Paklang sentiasa mendoakan kesihatan Paksu. Intan, sejarah kehidupan adalah suratan. Kita hamba Allah hanya mampu pasrah tetapi setiap yg berlaku adalah dugaan Allah pada hambanya. Paklang sentiasa menyayangi kamu mahupun sebagai anak saudara atau sebagai adik. Teringat Paklang ketika zaman kamu bersekolah di Raja Perempuan School...anak atau adik ku yg comel,tabah dan rajin belajar, akhirnya hari ini kamu sudah berjaya. Paklang sentiasa mendoakan kebahgiaan dan kejayaan kamu...Amin

    ReplyDelete