Sunday, December 19, 2010

Salam Akhir Tahun



Salam...


Pada pembaca-pembaca yang masih setia..


Sudah lama blog ini dibiarkan sepi...sepi..sepi..

Ya..saya sibuk...kala ini saya sedang berhempas pulas menyiapkan projek-projek akhir sebelum peperiksaan akhir yang bakal bermula pada 3 jan 2011 dan berakhir 13 jan 2011. Ya..masa berlalu begitu pantas..rasanya baru semalam saya lapor diri untuk bergelar mahasiswa ukm.


Buat masa ini,masih ada lagi projek mengait yang masih dalam proses untuk disiapkan. 90% siap.Harap rakan saya bersabar untuk melihat hasilnya.Saya berjanji akan menyiapkan bekas tisu itu sebaik sahaja saya selesai bertempur di medan peperiksaan terakhir.Doakan saya ya kawan-kawan. Dan sejurus selepas waktu itu juga..saya berharap saya dapat mengemaskini blog kesayangan saya setiap hari.


Minggu-minggu terakhir kelas...saya diserang batuk dan demam.Ubat batuk yang saya ambil dari klinik swasta menyebabkan saya diserang cirit-birit pula. Dalam pada itu..saya gagahi jua tulang empat kerat ini ;berbekal semangat yang ada..hadirkan diri ke kelas..kerana lazimnya di akhir-akhir kelas pensyarah suka beri tips berguna,kuiz-kuiz, tugasan mudah untuk membantu pelajar menambah markah. Saya yang kurang cerdik ini..amat perlu markah-markah kesian seperti itu.



Hingga ke hari ini..saat titipan ini dicoret..saya masih lagi berulang alik ke tandas..masih lagi pening...perut masih kembung...tidur pun masih tidak lena....selera makan masih tiada...En suami mengesyaki saya sedang menambah keluarga...oh tidak...harap-harap dalam tempoh 3 tahun ini...saya tidak mengandung...bukan tidak mahu rezeki dari Allah...cuma saya tidak mampu dengan masa yang terhad ini. Dengan dua orang anak yang sedang meningkat usia ( sangat nakal )...dan en suami yang sangat-sangat memerlukan perhatian...saya tidak betah..masa untuk diri sendiri pun tiada sekarang...masa tidur pun hanya 4-5 jam sehari..masa rehat ..hampir tiada lansung!!!


Untuk 3 tahun ini..saya hanya mengharapkan..saya berjaya menggenggam ijazah yang saya dambakan sejak tahun 2002.Ini impian saya sejak dulu.Saya mahu membuktikan sesuatu.Mencabar diri!!


**ART IS A PASSION**

No comments:

Post a Comment