Monday, October 11, 2010

Masih Cerita Ramadhan


Salam

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini.Untuk pengetahuan pembaca-pembaca,saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam Bidang Teknologi Maklumat (Sains Komputer). Kelas telah pun bermula sejak 3 minggu yang lalu. Kelas berlansung setiap hari dari Isnin hingga Khamis bermula pukul 7-10 malam. Ya.. saya memang sibuk.Balik sahaja dari kerja dalam pukul 6.00 petang..saya perlu bersiap-siap untuk ke kelas.Waktu lapang adalah pada hari Jumaat hingga Ahad. Buat masa ini saya masih lagi menyesuaikan diri dengan jadual baru. Dan yang pasti masih lagi terkial-kial..penat...

Masih ada lagi tempahan yang perlu disiapkan. Dan yang pasti perkembangannya adalah sedikit/sangat perlahan.Waktu lapang yang ada perlu dibahagi secukupnya untuk anak-anak,suami,diri sendiri dan tugasan/tutorial yang semakin banyak.Walaupun cuma 3 tahun, saya harap saya akan kuat mengharunginya. Harapan saya suami dan anak-anak memahami dan sentiasa menyokong saya. Tujuan saya sambung pun kerana mahu menjanjikan yang terbaik untuk masa depan anak-anak saya dan sebagai kepuasan diri sendiri.

Ok..berbalik pada cerita ramadhan.Di akhir-akhir ramadhan masih ada tempahan kopiah.Masa ini,saya juga sedang sibuk menyiapkan kuih/biskut raya. Tapi demi tidak menghampakan pelanggan-pelanggan yang juga sahabat-sahabat saya, ku gagahi jua. Kopiah ini dari rakan sekolah menengah untuk anak bujangnya bertemakan warna krim dan maroon. Beliau datang ambil sendiri kopiah ini di malam raya dan saya sendiri yang menyarungkan kopiah ini ke kepala anak bujangnya.



**ART IS A PASSION**

1 comment:

  1. emmm aku br tau ko further study..anyway good luck la kat ko..semoga terus kuat menjadi student, ibu dan pengurus umahtangga..semoga ko dpt kurus sekurus2 nye heeheheheh..

    ReplyDelete