Persediaan Menghadapi Ramadhan
SALAM JUMAAT
Assalamualaikum
Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin
mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan dan rahmat. Bergema di
serata dunia doa orang-orang yang beriman, الَلهمَ بلَغنا رمضان
"Allahumma ballighna ramadhan". Doa yang diwarisi daripada kekasih yang
dicintai Rasulullah S.A.W. الَلهمَ بلَغنا رمضان Inilah doa yang
diulang-ulang oleh Rasulullah S.A.W apabila mendekati bulan yang mulia
ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah
S.A.W akan berdoa ‘Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar,
At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para
sahabat yang bersama dengan Rasulullah S.A.W dididik dengan tema yang
agung ini. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh
kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam
bulan sebelum Ramadhan mengharapkan agar bertemu dan dapat beribadah di
bulan Ramadhan yang mulia. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula
diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah
kesempatan untuk meminta keampunan daripada segala dosa, bulan Sya’ban
adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan
dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Antara amalan-amalan yang digalakkan untuk diamalkan pada bulan Sya’ban
ialah :
• Memperbanyakkan puasa sunat
• Memperbanyakkan doa, zikir & solawat kepada Rasulullah S.A.W
• Bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan
• Meraikan malam 15 Sya’ban (Nisfu Sya’ban) dengan qiamullail, berzikir, berdoa, membaca dan menghayati Al-Quran
الَلهمَ بلَغنا رمضان merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi
hamba-hamba yang beriman dan soleh bahawa mereka mengidamkan dan
mengimpikan limpahan Allah S.W.T dalam bulan Ramadhan iaitu limpahan
rahmat, keampunan, pelepasan dari Neraka.
Maka bagaimanakah
caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini?
Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan
Ramadhan kali ini. Sama-samalah kita bertekad untuk mengisi bulan
Ramadhan yang akan datang dengan ketaatan kepada Allah S.W.T.
Sebar-sebarkanlah mesej ini.
**ART IS A PASSION**
No comments:
Post a Comment