Sunday, April 14, 2019

Cik pergi jua..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Innalillah

Lepas Papa pergi pada 2 Mac 2019, Datuk / Cik sebelah Kie pula menyusul. Pemergiannya begitu mudah sekali. Cik walaupun mencecah usia 95 tahun kalau tak silap saya sihat orangnya tanpa sebarang penyakit.  Matanya tidak rabun dan beliau tiada masalah untuk membaca kitab suci Al Quran setiap hari, tanpa mengira masa.

Semenjak kematian isteri/ Mok pada tahun 2013 lalu, Cik selalu diambil anak-anak beliau di yang tinggal di sekitar jajahan Kelantan dan tinggal di sana dalam seminggu dua secara bergilir-gilir.
Cik meninggal di rumah anak sulungnya di Laloh, Kuala Krai pada pagi Jumaat bersamaan 23 Mac 2019 lebih kurang pada pukul 8.00 pagi.

Kami mendapat perkhabaran sedih ini dalam pukul 10 pagi dan saya terus mendapatkan kereta sewa untuk pulang ke Kuala Krai. Alhamdulillah kami dapat khidmat kereta sewa dari Green Matrix Sdn Bhd. Kereta dihantar ke rumah dan kami bergerak ke Kuala Krai non stop dan tiba di sana pada pukul 5.00 petang. Hannan yang masih lena diulit mimpi kami angkut saja dengan sisa air liur basi masih dipipi. Kami tidak berhenti langsung untuk makan/minum atau menunaikan hajat kerana mahu segera sampai ke destinasi. Alangkah bagusnya kereta terbang sudah wujud ketika ini. Hehe...

Kenapa kami sewa kereta? Kereta kami mengalami masa pendingin udara sejak beberapa minggu. Sen kurang ada nak gantikan cooling coil yang sudah bocor selepas 9 tahun perkhidmatannya. Standardlah kereta lama bila dah nak habis bayaran ansurannya mulalah minta duit untuk diganti alat-alat gantinya.

Kami sekeluarga dapat menatap wajah Cik buat kali terakhir. Jenazah Cik wangi dan kelihatan seperti Cik sedang tidur sambil tersenyum. Matanya terpejam rapat dengan sedikit keringat di dahi. Semoga Allah ampunkan dosa Cik. Maka tiada lagi lah seloka Cik, senda gurau Cik. Selalu bila balik Kg Bongor, anak-anak saya ada sedikit masalah dengan air + makanan di sana. Mereka mesti mengalami cirit birit dan muntah-muntah terutamanya Aisyah, diikuti Hijjaz dan saya hehe. Cik akan buatkan air penawar walaupun pada pukul 4 pagi. Kenangan...

 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

No comments:

Post a Comment