Tuesday, April 16, 2019

Beanie beanie beanie

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Anak sepupu saya Aqila telah selamat keluar dari hospital. Aqila lahir dengan sedikit kecacatan sejak lahir di saluran pemakanannya dan juga jantung berlubang. Alhamdulillah setelah beberapa siri pembedahan dan rawatan di Hospital Besar Ipoh, Institut Jantung Negara dan Hospital Besar Kuala Lumpur, Aqilah telah agak sihat dan kini boleh kembali pulang di samping keluarganya. Cuma yang masih kekal adalah tiub yang disambungkan perut kecilnya. Menurut ayah Aqila tiub tersebut akan kekal ditubuh mongel Aqila sehingga usia Aqila mencecah 2 tahun. Semoga Aqila membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah.

Saya memang suka kaitkan hasil crochet ini untuk saudara mara. Anak-anak sendiri memang tak suka langsung dipakaikan sesuatu di kepala. Nasib badan.

Beanie dengan Bell Petal Flower

Beanie dengan Rose Flower

Kalau anda berminat nak menempah sila hubungi saya di nombor tertera ya. Harga bermula rm25 mengikut saiz kepala.

 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

No comments:

Post a Comment